Buffet Ramadhan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour menyajikan makanan melayu yang sangat unik antaranya Gulai babat nangka muda, kambing golek, ayam masak beriyani, paru berlado, kerabu pedal dan pelbagai lagi.



And of course kat mana-mana buffet ramadhan mesti ada kambing golek kan.Alhamdulillah, dapat merasa kambing golek di Fraser Place Puteri Harbour ni tidak mengecewakan.
Jarang umi nampak tempat berbuka puasa menyediakan Gulai babat nangka muda ni.Serious sedap dan pastinya korang wajib cuba bila berbuka puasa disini.
Dan ada lagi menu yang perlu korang cuba dan ini pertama kali juga umi mencuba lemang periuk kera yang sedap.Makan dengan Gulai babat nangka muda ni pun lagi menambah uii.
Dan bukan itu sahaja, banyak lagi menu-menu menarik yang membuatkan korang boleh senang hati bila mencuba semua menu yang disediakan disini.Sup utara pun ada juga tau.Cuma umi tak sempatlah nak merasa menu tu..Rugi betul kan?hahah
Juga aneka jenis bubur disediakan disini.Bukan itu sahaja, biskut-biskut zaman dulu-dulu pun ada tau.Eh meriah sungguh la menu berbuka puasa di Fraser Place Puteri Harbour ni.
Dan tak lupa menu untuk pemanis mulut selain dessert dan kuih muih adalah bubur pulut hitam, bubur chacha dan bubur jagung..terasa lemak yang cukup tau.



Apa kata korang terjah facebook umi untuk melihat pelbagai jenis menu lagi yang disediakan disini.
Lagi seronok kan bila kita dapat menginap sekali kat sini.Nanti korang survey la page Fraser Place Puteri Harbour ni.Mesti lagi menarik kan.
Baca juga pengalaman umi menginap di Fraser Place Puteri Harbour dulu.Memang selesa dan puas hati tau.
Hah! mesti korang nak tau harga untuk buffet dinner di sini kan.Jadi umi share pakej berbuka puasa disini ye.
Buffet Ramadhan Dari Dapur Fraser Place Puteri Harbour
Bermula dari 8 April hingga 1 Mei 2022
?Early bird promo
?6 Mac – 31 Mac 2022
?Beli 10 voucher Percuma 2
Normal price
RM118 per person
RM68 child/Senior Citizen
Contact
Siti Suhaili Binti Md Yusof at +607 530 8837 /+6013-778 6821 or email at siti.suhaili@frasershospitality.com
#buffetramadhanjohor #buffetjohor #buffetdinnerjohor2022 #kisahsidairydotcom #jdtblogger
Bulan puasa ni nak kena terjah balik ni.Sedap sungguh gulai babat nangka muda tu kan?
Baca juga: Jadual berbuka puasa dan Imsak 2022/ 14432H