Irama Warisan Buffet Ramadhan Amari Johor Bahru

Irama Warisan Buffet Ramadhan Amari Johor Bahru untuk tahun 2022 menyajikan hidangan tradisional tempatan dengan campuran masakan asia termasuk makanan thai yang sesuai untuk pengunjung dari seluruh dunia.

Terdapat lebih dari 200 jenis  menu yang disediakan untuk tetamu yang datang berbuka puasa di Amari Johor Bahru.

Irama Warisan Buffet Ramadhan Amari Johor Bahru
Irama Warisan Buffet Dinner Amari Johor Bahru

Irama warisan buffet Ramadhan Amari Johor telah memilih antara signature makanan yang popular di Malaysia antaranya ialah, Balanese Kambing Golek,Kambing gearbox, ayam, kambing, lidah, urat , dan juga makanan panas yang sedia dimasak secara live di char kuey tiaw stall.Terdapat juga pelbagai jenis kerabu dan salad Thai dan tak lupa signature mereka iaitu Som Tam.

Umi senaraikan serba sedikit menu buffet ramadhan di Amari ni ye untuk rujukan korang.

Ulam-ulaman Dan keropok

Daun selom, Ulam raja,Petai, kacang,botol, tempe, kacang panjang, telur masin, ikan masin, keropok belinjau, ikan goreng, udang goreng dan pelbagai jenis keropok lagi.

Amaya Signature Experience Corner

Terdapat Basmathi beryani gam Johor yang disediakan bersama dengan dhal, acar timun dan telur.Juga terdapat Kari kepala ikan salmon bersama terung,tomato dan pelbagai lagi.

Kepada korang yang suka dengan Indian Beryani boleh la cuba juga dan ia antara Amaya Signature tau.Terdapat juga Pek nga Gulai kawah yang sedap dan pekat tu pasti membuka selera korang.

Tak lupa juga menu yang paling umi suka kat sini iaitu Laksam dan Nasi kerabu daging bakar.

Korang yang suka dengan Masakan india boleh la cuba Chicken Butter Masala, Kari ikan, dalca dan ayam tandori, butter nan dan poori.

Sedapnya kan sesekali mencuba pelbagai menu dari apa yang selalu kita rasa.Tak selalu kita dapat merasa menu dari kaum lain.

Terdapat juga Murtabak dan Roti Pitt Hawker Style,Chinese Wok Fried Live cooking station.Boleh makan panas-panas barulah sedap kan.

Mesti korang cari menu satay dalam menu berbuka puasa korang kan.Jangan risau, menu satay dekat Amari ni sedap tau.Lembut je rasa sate daging dan ayam mereka.

kalau korang suka menu menu kebaratan sikit, jangan risau korang, pun ada disediakan dengan Fusion Pasta Station.Kat situ juga chef boleh masakkan untuk korang.

Tak lupa juga Menu goreng-goreng seperti pisang goreng, durian goreng, keledek, keropok lekor, keropok ikan parang, pelbagai jenis cucur disediakan dengan sos-sos yang pelbagai.

menu berat-berat umi dah mention kat atas kan, apa kata kita cerita pasal dessert pulak.Umi paling suka part dessert ni tau.Ada certain dessert yang boleh buat korang dok ulang ambil macam umi nanti..hahahah..

Eh ada lagi tau..Korang suka bubur? Pun ada tau.Pelbagai jenis bubur yang korang boleh rasa seperti bubur pulut hitam, bubur cha cha, bubur kacang hijau dan pengat pisang.

Tak lupa juga dengan serawa durian.Antara favourite umi kat Amari ni jugak.Sedap dan creamy gitu.Jadi korang wajib cuba

Serawa Durian

Ok umi dah cerita tentang menu-menu yang disediakan di Buffet Ramadhan Amari Johor Bahru kan, sekarang meh umi cerita pasal harga dan macam mana nak booking berbuka puasa di Amari ni 

????? ??????? ?????? ?????? ????? ????? ????? 2022

5 April hingga 1 Mei 2022
6.30 petang hingga 10.00 malam
EARLY BIRD – Pembelian sebelum 5 April 2022
RM98 nett dewasa
RM74 nett warga emas 60 tahun keatas
RM49 nett kanak-kanak
HARGA
RM128 dewasa
RM96 Warga emas
RM49 kanak-kanak
Take away menu
RM65 per set

Beli 10 dan dapatkan harga special RM 108 nett dewasa
Daily delivery and self collect

Rm65 per set

( 3 set menu of your choice are available, advance booking before 5.00pm required)

Maklumat lanjut
?07-266 8888
? 016-776 8547
? amaya.johorbahru@amari.com

Amari Johor Bahru

#buffetramadhanjohor #buffetramadhanjohor2022
#JDTblogger
#kisahsidairydotcom

 

 

baca juga : senarai buffet ramadhan sekitar Johor Bahru

Loading

1 Comment

  1. Kalau duduk berbuka sini, gamaknya lepas taraweh baru balik. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *