Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box menyediakan pelbagai jenis menu yang menarik untuk berbuka puasa pada tahun ini.

Lagi seronok apabila berbuka puasa di kawasan yang menghadap pool.Memang lain dari yang lain kan.Kalau tak suka suasana di dalam, boleh ambil angin di luar.

So Buffet Ramadhan Sunway Hotel Big Box kali ini mengetahkan Tema Juadah Bix Box yang menyediakan lebih 300 jenis menu antaranya ialah :-

?Rendang Kambing
?Kambing kerutuk
?Rendang Daging
?Sotong sumbat masak lemak selasih
?Ketam masak lemak nanas
?Ikan patin masak tempoyak

Bukan itu sahaja, malah yang membuatkan orang mengambil dua kali menu mereka adalah ikan asam pedas yang dimasak secara live dan tak lupa juga sup gear box yang padu kat sini.

Tu belum menu lain yang umi nak bagi tahu kat korang tau.Terdapat juga laksa Johor yang menepati citarasa tekak umi ni ha.

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Juga menu lain yang ada di dalam Juadah big Box iaitu iaitu rojak.Sampai umi pun tak sempat nak makan sebab perut masa tu dah sendat sangat dah tu.

Jadi kamera jelah mampu menjamah menu tersebut.

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Tak lupa juga dengan ulam-ulaman segar yang disediakan memang terasa makan kat kampung pulak kan.

 

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Banyak lagi menu menarik di Pendas Cafe Sunway Hotel Big Box ni yang boleh korang lihat di facebook umi di bawah ni.

 

 

 

Kalau tengok pada kuih muih dan segala dessert dia memang menyelerakan.Serawa durian dan bubur kacang memang sedap.Kalau tak jumpa pulut korang boleh ler makan dengan lemang.

 

Brownies, pudding dan kuih muih dia memang best.Ada pulak kuih kegemaran umi iaitu kuih ketayap dan juga lopes.Memang ler umi tak lepaskan peluang.Bila dah kenyang, nak makan yang benda-benda sejuk bolehla dapatkan ABC di live station di bahagian luar sana tu.

Bagi penggemar kopi of courselah ada mesin coffee disitu.Jadi dapatlah menghangatkan lagi tekak.

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Tengok  Cik Sun kita sedang menanti kopi dia.Lepas tu turn umi la pulak kan.Hah!! umi dah story pasal Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box, jom kita story pulak pasal cara nak booking dan juga harganya.

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Buffet Ramadhan 2022 Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

?Pendas Cafe Sunway Hotel Big Box
? 5 April to 28 April 2022
? 6.30pm to 10.30pm

? RM128 nett dewasa
RM64 nett kanak-kanak

EARLY BIRD SEHINGGA 4 April 2022

RM108 nett dewasa
RM54 nett kanak-kanak
For reservations at Sunway Hotel Big Box, please call +607-5336653 or e-mail sbbh.enquiry@sunwayhotels.com.

 

Baca juga : Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 1443h/2022m

Loading

2 Comments

  1. Kena bawa anak yang tak hantu kolam, buatnya meroyan nak masuk kolam, habis laaa meraung situ hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *