buffet ramadhan johor 2021

Buffet Ramadhan 2021 Selera Kampungku Holiday Inn JBCC

Buffet Ramadhan 2021 Selera Kampungku Holiday Inn JBCC | Kalau cerita pasal menu makanan mestilah umi lebih memilih kepada selera kampung.Walaupun sesekali nak jugak teringin nak makan yang western, tapi makanan kampung tetap sedap dihati umi.Banyak sungguh buffet ramadhan sekitar johor ni yang korang boleh pilih

Buffet Ramadhan ala kampung yang ditengahkan oleh Hotel Holiday Inn JBCC hari tu betul-betul buat umi rasa nak pergi lagi berbuka puasa disini.Sebelum umi warded hari tu sempatlah umi merasa preview buffet ramadhan di sana seminggu sebelum tu.Jom baca apa yang menarik untuk dicuba di buffet ramadhan jb di Holiday inn ni

Buffet Ramadhan 2021 Selera Kampungku Holiday Inn JBCC

Umi suka betul dengan suasana makan di sini sebab ianya luas dan yang paling penting siap ada live busking lagi.Kotlah kan korang nak menyumbangkan suara tu boleh la try mintak nak nyanyi..hahaha

Tahun ini Holiday In JBB mengetengahkan buffet ramadhan selera kampungku.Korang boleh tengok dapur kawah yang masih panas-panas lagi disediakan disitu.

Apa lagi menu yang menarik yang disediakan di sini?

Boleh tengok menu-menu dibawah ni yang umi sempat ambil di page Holiday Inn.Mana tau lepas ni kot korang teringin menu-menu dibawah ni boleh terus booking.Kena booking lebih awal tau sebab Buffet ramadhan di sini sentiasa penuh..jadi untuk mengelakkan korang hanya minum mineral water dalam kereta, baiklah korang booking awal.

Nampak menyelerakan bukan? Dan gambar di bawah ni pula semasa umi datang untuk preview buffet ramadhan disini

Entah kenapa kalau ada buffet ramadhan mesti nak jugak ambil satay ni.Sedap dan tak kering tau satay kat sini..umi is suka.

last but not least mestilah bahagian dessert yang paling umi suka.Pelbagai jenis dessert okeh disini.Tak taulah kalau perut korang boleh rasa semua dessert kat sini semua.Korang memang terror weh!!

Ni baru sebahagian gambar yang umi snap, belum realiti yang ada di buffet ramadhan sekarang ni tau.So. apa lagi yang korang tunggu.Cepat-cepat booking sebelum penuh slot untuk esok atau hujung minggu ni.

Confirm berbaloi dengan harga yang korang dah bayar tu

Selera Kampungku Buffet Dinner di Holiday Inn JBCC

Facebook Page : Holiday Inn JBCC
?17 April – 9 Mei 2021
⏰6.30pm – 9.30pm
?Beli 10 Percuma 1
?Live busking entertainment daily
Hanya di Holiday Inn JBCC.
Tempahan awal:
                                                                   ?+60 11-5112 2168 (Whatsapp available)

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *