BUFFET MAKAN BESAR RAMADHAN GRAND AL MIZAN

BUFFET RAMADHAN AL MIZAN

BUFFET MAKAN BESAR RAMADHAN GRAND AL MIZAN dengan lebih 100 menu setiap hari dan menu mereka akan bertukar setiap hari.Harga untuk early bird pun hanya RM88.Korang boleh dapatkan harga Early bird dari 13 februari sehingga 13 mac 2023.

So rugi kalau korang tak grab harga Early bird ni.Kenapa korang perlu datang berbuka puasa di Grand Almizan ni? Mestilah ada menu special yang takde kat tempat lain korang.Kalau ada pun mestilah mereka ada resepi rahsia yang menyebabkan orang tak putus-putus datang ke Restoran Grand Al Mizan ni baik berbuka puasa mahu pun hari biasa tau.

Dan jangan lupa untuk korang masukkan dalam list tempat berbuka puasa di Johor tu nanti.Nak lagi mudah korang tengok la senarai buffet ramadhan sekitar Johor Bahru yang umi dah listkan.Tapi ni umi nak cerita dulu tentang menu yang special di Grand Al Mizan ni.

Ok korang, kalau kat tempat lain ada kambing bakar, kat sini pun ada juga bersama dengan Nasi kambing Kuzi.Sedap ye nasi kambing ni.Memang cukup rasanya.

BUFFET MAKAN BESAR RAMADHAN GRAND AL MIZAN

Dan yang paling penting, satay ayam dan daging kat sini memang sentiasa disebut-sebut orang.Kuahnya pun pekat dan sedap bila dicicah bersama satay tu.

 

Kat sini juga banyak live station dan yang menjadi perhatian umi ialah live station aneka sup.Ada sup lidah, ada sup daging dan juga sup tulang gearbox.Kami sampai cari straw tau nak kokah isi dalam tulang tu.Haduii kelakar betul la dak-dak JDT Blogger ni.Dapat pulak emcee hari tu orang yang banyak cakap, memang terhibur la kami semua ni.

Dan tak cukup dengan sup gearbox ni, ada pulak mee kari.Mee kari jeww? Haishh.Korang jangan nampak mee kari tu biasa-biasa okeh.Mee kari ni memang umi approved sebab dia ada kelainannya yang tersendiri.

Nak tau apa yang tersendirinya? korang kena datang berbuka puasa di Grand Al Mizan Johor Bahru ni.Kalau umi cakap sekarang nanti tak suprise la kan.Yang penting memang sedap.

Selain itu juga ada disediakan spaghetti bolognese dan carbonara, lauk-lauk lain seperti labu masak lemak, ikan asam pedas, roti john dan banyak lagi la.Ha.Jangan lupa untuk rasa durian goreng kat sini tau.

Ada juga buah-buahan, dessert dan kuih muih yang sedap-sedap.Jadi tak rugi kalau korang datang berbuka puasa kat sini.Sesuai dengan tema mereka buffet makan besar ramadhan Grand Al Mizan.

Nak tengok menu lain korang boleh tengok kat page umi dibawah ni.

Teringat balik Mee kari Grand Al Mizan.Nampaknya puasa nanti boleh la repeat lagi.Kita angkut anak-anak sekali datang ke sini.

Kat sini korang jangan risau parking dan surau semua disediakan.Jadi nak solat, nak parking memang mudah dan ruang pun besar.Insyallah korang akan selesa datang ke sini.

Nak booking korang kena cepat tau.Kang takut full house pulak.Oh ya, owner ada bagitau kat kami, sesiapa yang nak bawa anak-anak yatim dan tahfiz, mereka akan bagi separuh harga tau.Jadi boleh la kalau korang nak beramal.

BUFFET MAKAN BESAR GRAND AL MIZAN 
 16A, Jalan Skudai, Straits View, Johor Bahru, Johor
 24 MARCH – 20 APRIL
 6.30 PM – 9.30 PM
BELI 15 PERCUMA 1!
Cepat book harga earlybird sebelum 13 MARCH 2023!!!
DEWASA (EARLYBIRD)
RM 88 NETT
Book sebelum 13 MARCH 2023


DEWASA (NP)
RM 108 NETT
SENIOR CITIZEN (60 TAHUN KE ATAS)
KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
RM 58 NETT
BOOK SEKARANG!
WA MIRA- 019 790 0471 atau bit.ly/AMSH-Buffet2022-MIRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *