Buffet Dinner Westin Desaru Coast Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu

Buffet Dinner Westin Desaru Coast Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu memang padu dan korang wajib rasa tau.Pecel dan juga Laksa Johor dari air tangan Chef Adu memang terbaik.

Kalau dulu kan, umi tengok Chef Adu ni dekat TV rancangan MasterChef Malaysia tu je.Dan selalunya dia dok kritik je makanan orang kan, jadi bila berpeluang untuk merasai air tangan dari Chef Adu ni, sangat-sangatlah gembira.

Memang lah dia patut menjadi juri dalam pertandingan yang hebat, semua menu masakkan dia memang sedap.

Masa preview ramadhan di The Westin Desaru Coast hari tu, umi dah cuba pelbagai menu yang sedap-sedap di sini.

The Westin Desaru Coast membawakan tema Kampung dengan menyajikan menu-menu menarik dari Johor yang wajib korang cuba.Mestilah Chef Adu mengetengahkan menu Johor kerana dia sendiri berasal dari Johor.

Jadi menu-menu yang beliau pilih memang bertepatan dengan menu wajib orang Johor.Antaranya ialah Ikan asam pedas Chef Adu, Laksa Johor, ayam rose, pecal dan banyak lagilah.

Antara menu yang umi rasa korang WAJIB cuba adalah Laksa Johor dan Pecal dia.Resepi rahsia dia tu memang betul-betul buat kami menambah tau.

Rasa pecel dia tu sangat menarik.Sebab tu korang kena cuba sendiri menu yang disediakan disini.Kalau tak makan laksa Johor bukan Johorean la kan..ahhahah..

Tapi tekak memasing kan, kalau umi memang minat sangat dengan Laksa Johor ni.Jadi setiap kali buffet ramadhan, umi wajib cuba laksa Johor dari hidangan mereka.

Juga ikan bakar dan sambal yang disediakan tu, kalau tak fikir perut tu penuh, mau menambah tau.

Dan salah satu menu yang menggamit kenangan umi masa kecil adalah Sira Ubi yang dihasilkan dari Chef Adu sendiri.Dari umi kecil memang dah kenal dah menu sira ubi ni tau.Kalau zaman sekarang mereka memang tak kenal Sira Ubi ni.

Buffet Dinner Westin Desaru Coast Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu

Tu kalau ubinya lagi lembut, lagi sedap.Memang tak beringat kalau makan ni.

Buffet Dinner Westin Desaru Coast Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu

Jarang kan buffet Ramadhan ada telur pindang.Hah!! kat Westin ni korang boleh jumpa telur pindang ni tau.

Apa lagi menu-menu yang menarik? Ok umi dah share dekat facebook menu-menu yang ada di The Westin Desaru Coast.Korang bolehla cuci-cuci mata.

Umi suka suasana berbuka puasa di tepi pantai ni tau.Sambil menghirup udara pantai, sambil makan kenyangkan perut.Kena pulak angin sepoi-sepoi..memang menarik kan.

Sesekali ubah selera la pulak kan makan sambil menikmati pantai yang berhampiran The Westin ni.

Buffet Dinner Westin Desaru Coast Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu

Lupa pulak umi nak ambil suasana kat luar tu.Next time kalau umi ke sini, umi share dengan korang ye.

Oklah, last but not least, umi nak share la bagaimana untuk menempah voucher untuk berbuka puasa di The Westin Desaru Coast ni ye.

G???????? ???????? ??? ?????? ???? ??? ?????? ?????? The Westin Desaru Coast Resort

3 April – 2 May
MYR148+/person, MYR74+/child
Early Bird Price
MYR120+/person
(Purchase by 31 March)
Call + 607 838 3333 or Whatsapp us at http://west.tn/6188KqpBp for reservations and bookings!
#EatWell

SELAMAT BERPUASA KORANG….

Baca juga : Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *