Selepas PKP ni mesti korang ada plan nak bawa family makan diluar kan.Takpun rindu untuk bersama-sama kawan-kawan makan-makan dan sembang-sembang.Nak pulak hotel yang menawarkan buffet dinner dengan menu makanan international.Korang yang rindukan Buffet Dinner di Renaissance pasti takkan lepaskan peluang kerana Buffet Dinner Renaissance Hotel Johor kembali semula selepas PKP ini
Ramaikan yang menantikan International Buffet Dinner yang disajikan oleh chef-chef hebat dari Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru ni kan? Apa taknya menu-menu yang disajikan semuanya menepati citarasa ramai peminat International buffet dinner ni.
Hari tu umi berkesempatan untuk singgah ke Cafe BLD Renaissance Johor ni bagi menikmati International Buffet dinner yang baru sahaja dibuka untuk tetamu selepas PKP tempohari.Seingat umi ke Renaissance adalah pada bulan Mac hari tu semasa Renaissance mengeluarkan menu East Meets West Buffet.
Untuk kali ini mereka sedia menerima pelanggan dengan International Buffet Dinner tetapi masih mengekalkan SOP yang telah ditetapkan.Just make sure korang datang dan scan dahulu dan haruslah sebelum datang tu korang tau keadaan diri korang samada sihat atau tidak ye. sentiasa ikut peraturan yang ditetapkan dan jaga jarak social korang.
Jom umi bawa korang menikmati hidangan International Buffet dinner yang boleh dikatakan semua sedap-sedap belaka.Pelbagai jenis makanan yang wajib korang cuba dan pastinya korang rasa berbaloi dengan apa yang korang bayar tu.

Menu utama yang pastinya orang akan cari sepanjang buffet dinner di sini.Selain tu menu yang patut korang cuba adalah di station-station di bawah ni


Selain dari Aglio olio Pasta ada juga menu lain seperti Cheezy Saute’ed sausage, Seafood Marinara, Fried Chicken with Blackpaper Sauce dan Lamb Stew.Korang juga boleh menikmati menu di station lain dibawah ni.

Terdapat juga salad Corner yang korang boleh buat sendiri ikut cara korang ye.

Penggemar sushi pun boleh menikmati pelbagai jenis sushi disini ye.Tak rugi kan kalau korang makan di International Buffet Dinner ni.Semua ada.
Ada lagi station-station makanan lain yang korang boleh nikmati.Pendek kata bayaran yang korang bayar tu sangat-sangatlah berbaloi tau.


Kalau tekak melayu tak cuba sagu gula melaka di sini memang bukan melayulah namanya.Oleh itu korang Wajib cuba sagu gula melaka yang ada disini.Umi memang sukalah kalau bab-bab dessert dan kek ni.
Kalau korang macam umi, memang wajib singgah di sini tau.
Ni umi tunjukkan pelbagai jenis kek yang ada di di sini ye
Dah tengok sebahagian dari menu-menu di atas kan? Nanti umi akan manu-menu lain di wall FB umi ye.Pastikan korang follow.Sekarang umi akan terangkan pulak hari dan masa serta harga untuk buffet dinner ni.Buffet dinner ni bukan setiap hari tau.So, korang boleh refer details di bawah ni.
INTERNATIONAL BUFFET DINNER CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR
Hari
Jumaat dan Sabtu sahaja( 6 petang – 9 malam )
HARGA
RM88 per nett
Untuk korang yang nak menikmati buffet dinner untuk weekday pun boleh juga iaitu pada hari Rabu dan Khamis sahaja tau
HARGA
RM70 per nett
Macam mana booking untuk International Buffet dinner
Korang boleh terus klik sini > http://bit.ly/TableAppCafeBLD atau whatsapp https://wa.me/60177713327
Jangan lupa booking awal tau..
macam-macam ada tu. semua nampak sedap-sedap.
haah mar..macam-macam makanan ada..rugi kalau tak grab ni