BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL

BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL masih lagi mengekalkan kesedapan yang sama tetapi dengan menu yang berbeza dengan harga RM138 untuk seorang.

Kambing bakar haruslah ada setiap tahun dan kali ni special sikit sebab ada aiskrim baskin rabbins.Ya, walaupun perut dan sendat dengan makanan, tetapi nak juga makan aiskrim sebagai penutup makan malam umi.

BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL

Apa yang umi suka bila berbuka puasa kat sini ialah view dari swimming pool tu nampak cantik je.

Oh ya, korang wajib masukkan Sunway Big Box Hotel ni dalam senarai tempat berbuka puasa di Johor juga tau.Dan umi pasti korang mesti puas bila berbuka puasa kat sini.

Nasi ulam dia sedap tau.Di tambah pula dengan lauk pauk seperti telur itik masak lemak cili api, udang goreng kunyit, asam pedas, sambal bilis petai, paru berlado dan banyak lagi.

Dan korang jugak boleh cuba sup tulang gearbox dia.Memang cukup rasalah sup dia tu.Bukan itu je, korang jangan pulak tak cuba  barbeque whole lamb carcass dan nasi basmati briyani.

BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL

Kat sini juga korang boleh la dapatkan pelbagai jenis minuman yang disediakan.Yang penting ada coconut shake dan air kelapa segar.Sempatlah umi habiskan sebiji kelapa tu.Manis betul air kelapa dia tu.

Kalau boleh semua umi nak rasa tau, tapi apakan daya perut ni kecik sangat nak hadam semua.Tapi sempatlah try shell out dan juga satay kat sini.Memang tak rugi berbuka puasa kat sini.

Sambil dengar alunan muzik tu sambil layan pelbagai jenis kuih melayu dan dessert kat sini memang best.Biasalah umi kalau berbuka puasa ni suka sangat dengan kuih-kuih melayu.Jadi kalau takde tu rasa tak lengkap pulak menu berbuka puasa umi.Jadi wajib ada ye kuih-kuih tradisional ni.

 

And last but not least, durian fresh di tepi swimmig pool tu jangan korang lupakan.kalau korang lupa nak makan memang rugilah kan.

Memang puas betul makan kat sini.Nanti boleh bawa family umi untuk berbuka puasa kat sini sekali lagi.Korang boleh tengok banyak lagi menu yang disediakan sepanjang bulan puasa di Sunway Big Box Hotel ni

Ok korang jom umi share pulak harga untuk buffet ramadhan Sunway Bog Box Hotel ni.Mana tau korang nak booking awal, jadi dapatlah harga early bird.

BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL

BUFFET DINNER JUADAH BIG BOX SUNWAY BIG BOX HOTEL

Adult : RM118 nett dewasa
Child: RM59 nett Kanak-kanak
(22 feb – 22 Mac 2023)
NORMAL PRICE
Adult : RM138 nett dewasa
Child: RM69 nett Kanak-kanak
From 25 Mac – 20 April 2023
For reservation:
?011-2165 5355
?019-233 4738
? sbbh.enquiry@sunwayhotels.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *