JOM MAKAN BUFFET DINNER DARI 16 BUAH NEGARA DI HOLIDAY IN JBCC

global taste buffet dinner

JOM MAKAN BUFFET DINNER DARI 16 BUAH NEGARA DI HOLIDAY IN JBCC | Lebih dari 70 menu masakkan dari 16 buah Negara dihidangkan hanya di Holiday Inn JBCC ye korang.

Lain dari yang lain pulak kan bila diorang menghidangkan pelbagai jenis menu makanan dari 16 buah Negara ni.Bukan senang tau nak cari menu-menu dari Negara luar kat Johor ni,Tapi bila Holiday Inn JBCC ni mengadakan GLOBAL TASTE FIESTA BUFFET DINNER ni, dapatlah kita merasa menu masakkan diorang kan.

JOM MAKAN BUFFET DINNER DARI 16 BUAH NEGARA DI HOLIDAY IN JBCC

Antara 16 buah Negara tu termasuklah Korea, Italy, France, Spain, Morocco,Cyprus, Pakistan, Greece, China,Turkey dan banyak lagi.Menu-menu yang menarik yang korang boleh cuba termasuklah, Shawarma, Al-Kabsa, Coffee lamb, Insalata Caprese,Dak Gan jeong, Bamia Basti, Nagka Masak Lemak, Tri-color Steamed Egg, Kashmir Gaad, Beef Stroganoff, Patatas Bravas, dan banyak lagi la.

Macam-macam menu umi dah cuba, kali ni memang lain dari yang lainlah.Banyak pilihan dan kesemua yang umi rasa semua sedap.Dari masakkan panas mereka, spaghetti, dan juga dessert.Sampai umi lupa yang umi diet.hahahaha

JOM MAKAN BUFFET DINNER DARI 16 BUAH NEGARA DI HOLIDAY IN JBCC

Oh ya, yang bestnya kat sini. disediakan kids corner.Jadi korang yang bawa anak-anak tu, bolehlah dapatkan menu makanan dari kids corner ni.Ada menu Mozarella cheese stick, corn cheese cutlet, Grilled chicken sausage, cheesey wedges, broccoli Almondine, cotton candy, popcorn dan chocclate Fountain.

Jadi ada jugalah kan pilihan makanan untuk anak-anak korang.Barulah boleh makan dengan tenang kan.kan.

global taste buffet dinner.6

Harga yang ditawarkan untuk Global Taste Fiesta buffet dinner ni pun masih affordable.Janganlah kata mahal sebab yang disediakan ni pun buffet dinner.Jadi korang nak duduk dari pukul 6 sampai 10 malam pun ikutlah korang.Nak menambah berapa banyak makanan pun boleh.jadi berbaloi ke tak berbaloi, korang fikir sendirilah ye.

global taste buffet dinner.1

Oklah, umi dah cuba, korang bila lagi kan.Cepat-cepat booking untuk menikmati global taste fiesta ni dari 16 buah Negara ni.Jangan cakap umi tak payung pulak khenn.

Nak tengok banyak lagi menu korang boleh tengok di page umi dibawah ni ye.Tengah menaip ni pun kecur je air liur.Memang nak kena repeat lagi ke macam mana ni.Jadi, jom makan buffet dinner dari 16 buah negara di Holiday Inn JBCC.

 

Korang terliur ke tidak? jadi cepat-cepatlah booking ye untuk bawa yang tersayang ke sini.And sambil-sambil tu boleh la kan kalau korang nak stay sini.Boleh baca pengalaman umi di entry penginapan 2 hari 1 malam di Holiday Inn Johor Bahru.Selesa dan umi recommended sangat.Oh ya, jangan lupa tau booking cepat-cepat.

? ?????? ????? ?????? ?????? ??????
?️Jumaat dan Sabtu
? 6.00 petang hingga 10.00 malam
?RM128.00 nett per person
BOOKING SEKARANG‼️
?: +6011 3603 3163
?: https://hijbccdineateight.wasap.my
?: https://bit.ly/promotionsathijbcc

 

Oh ya! World cup dah nak bermula kan.Hah! nanti umi cerita korang, korang boleh ajak kawan-kawan yang kaki bola untuk menonton bola bersama-sama di Holiday Inn JBCC ni sambil menikmati hidangan snack yang disediakan oleh Holiday Inn JBCC serendah RM16 sahaja tau.Tunggu ye.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *