Buffet Dimsum di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance JB

Buffet Dim Sum HALAL di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance JB

Buffet Dim Sum HALAL di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance JB | Umi adalah penggemar Dim Sum.Boleh dikatakan kalau ada yang menjual dim sum umi akan cuba makan.1st trial umi makan dim sum masa ondway bas ke KL.Masa tu seingat umi singgah Yong Peng tak silap, nampak orang jual dim sum.Umi pun rasa.Dari situ umi suka dim sum ni tau.

Sebab tu kalau ada yang jual dim sum halal ni umi akan cuba.Tapi bila makan tu tak puaslah kan sebab umi tak jumpa yang menjual dimsum yang pelbagai.Bila umi dapat tau  Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru ni ada menjual Buffet Dim Sum yang Halal dengan Harga RM64.15 ni, umi rasa berpatutan la sangat.

Mahal ko kata? Kalau dah All You Can Eat buffet dimsum dengan harga RM64.15 tu mahal? Of course korang takkan jumpa tau buffet dimsum All you can eat dengan harga sebegitu murah dengan 18 jenis dim sum yang boleh korang pilih.Di Hotel pulak tu? ko ngase?

Bagi umi sesekali makan dengan harga macam tu apalah salahnya kan.Lagipun Dim Sum yang dihidangkan fresh from oven tau.Panas-panas lagi.Jadi for sure sedap kan makan panas-panas.

Hari tu pun umi dah cuba 10 jenis menu Dim Sum yang ada di dalam buffet tu.So meh la umi tunjukkan antara dim sum yang umi makan hari tu di Wan Li Chinese Restaurant yang terletak di Hotel Renaissance Johor Bahru di Permas Jaya tu.

BUFFET DIM SUM HALAL WAN LI CHINESE RESTAURANT

Jom tengok apa yang umi makan.Semuanya best-best belaka.Yang paling umi suka adalah Dumpling tu.Dan ada juga menu-menu lain-lain yang masuk wishlist umi nanti bila nak makan lagi dim sum ni kat sini.

Inilah dia  Shanghai Dumpling.Menu yang paling umi suka.

SIEW MAI

Hidangan kedua pulak adalah Siew Mai.Tak cukup tau satu bekas ni.

HAR KAU

Kemudian menu Har Kau bukan harku..hehehe

SCALLOP DUMPLING

Menu seterusnya pulak scallop dumpling.Peminat dimsum kena cuba tau menu ni.

TARO CROQUETTES

Yang ni pun umi recommed korang untuk cuba

FRIED BEANCURD
PRAWN DUMPLING
PUMPKIN PORRIDGE
CHICKEN FEET

Kaki ayam tu makan dengan bubur labu tu memang sedap.:)

TARO BUN

And last menu umi malam tu adalah Taro Bun.Ada banyak lagi menu yang korang boleh pilih.Yang di atas ni antara menu-menu yang customer selalu pilih.Kalau korang tak tau nak order apa, blur je tengok menu yang banyak  dalam kad menu, boleh la try 10 jenis menu di atas ni.Serius tak mengecewakan.

20% diskaun untuk  All You Can Eat Dim Sum buffet 

Ye, korang yang datang pada 11.11.2020 sehinggalah 12.12.2020 akan dapat diskaun sebanyak 20%.So, korang kiralah sendiri berapa je yang korang kena bayar..Murah ke murah??

Jangan tunggu lama-lama tau, nanti melepas.Korang juga boleh cuba menu Ala Carte seperti di Entry INI

All You Can Eat Dim Sum Buffet Wan Li Chinese Restaurant

Ianya dibuka pada setiap hari bermula jam 11.30 pagi sehingga 3 petang.

Harga Buffet Dim Sum

RM64.15 sahaja

Tempahan

Tempahan boleh dibuat melalui

book via : – http://bit.ly/TableAppWanLi

contact us at +6073813388 OR

WhatsApp at :- https://wa.me/60187800787

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable

Loading

3 Comments

  1. paling favorite Siew Mai tu tau. Dulu masa belajar kat Melaka boleh jumpa kat pasar malam. sini, kena beli yang dah siap atau buat sendiri je. Haha tapi bagus ada ni, boleh jugak makan semua jenis dim sum dengan pakej berbaloi tu.

  2. Rasa macam nak repeat makan lagi je di sini, sedap nauuu semuanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *