BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 DI ANANTARA DESARU COAST

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 DI ANANTARA DESARU COAST | Kali ni umi nak bawa korang untuk berbuka puasa jauh sikit dari bandar iaitu di Anantara yang terletak di Kota Tinggi Johor.

Sesekali jauh dari hiruk pikuk bandar kan, dengan suasana yang sunyi, dan terletak di tepi pantai.Ini kali pertama umi dapat menghadirkan diri menerima jemputan dari Anantara Desaru Coast Resort dan Villas untuk buffet preview mereka sempena bulan Ramadhan tu nanti.

Sukalah umi dengan view kat sini, sambil mendengar desiran ombak, hah yang tu korang kena datang awal sikit la sebelum berbuka puasa.

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 DI ANANTARA DESARU COAST

Untuk buffet buka puasa kat sini, lebih dari 150 menu akan dihidangkan kepada para tetamu dan yang penting semuanya sedap-sedap belaka.Masa datang ke cafe Tumeric ni, ternampak pulak kuali-kuali yang ada diluar tu, tak sabar betul umi nak mencubanya tau.

Bila part ambil gambar tu dah terbau haruman makanan yang menyedapkan tu membuatkan umi rasa lapar je.

Antara menu yang korang boleh cuba apabila berbuka puasa kat sini ialah  asam pedas ikan, rendang kambing, udang masak lemak nenas, terung sambal, ayam masak merah, kari telur, Laksa Johor, seafood on ice dan banyak lagi.

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 DI ANANTARA DESARU COAST
udang masak lemak nanas
buffet ramadhan johor 2024 anantara desaru coast.1
ayam masak merah style kenduri kahwin memang sedap
buffet ramadhan johor 2024 anantara desaru coast.1
rendang kambing
BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 DI ANANTARA DESARU COAST
Asam Pedas Ikan
buffet ramadhan johor 2024 anantara desaru coast.1
Seafood On Ice

Bukan sahaja korang boleh jumpa menu dalam kuali, ada juga menu lain seperti pelbagai jenis kerabu, goreng-goreng iaitu goreng pisang, goreng cempedak dan lain-lain juga pun ada.

Rambang mata nak makan yang mana satu, tapi korang jangan risaulah, korang boleh makan kat sini sampai pukul 10 malam.Makan pelan-pelan janji korang dapat rasa semua menu yang ada disini.

Buah-buahan pun banyak jenis pilihan tau.Dekat sini juga korang kena cuba Laksa Johor dia.Memang sedap, kuah pekat dan berasa.

Ikut hati umi, nak je letak semua gambar dessert dan kuih muih, tapi apakan daya, kang letak banyak mau hang korang tengok gambar, jadi macam biasa, nak tengok menu satu-satu tu, silalah ke page umi.Korang tekan je page kisahsidairy di sidebar blog ni.

Ni pulak antara menu kuih muih melayu dan yang seangkatan dengannya.Ada juga bubur jagung dan juga bubur pulut hitam.Sempatlah umi merasa bubur pulut hitam kat sini, memang kena dengan tekak umi ui.

umi dengan Sis Lin, dah siap solat sambung lagi makan-makan dan mengopi.Mentang-mentang dapat keluar jauh sikit, kemain dok mengopi lama kan.hahah.Sesekali apa salahnya kan.

Jadi untuk korang yang nak berbuka puasa kat sini, dan ingin merasai pengalaman berbuka puasa jauh sikit dari bandar, hah dah boleh star buat pembelian untuk dapatkan 20% diskaun harga early bird tau

BUFFET BUKA PUASA JOHOR CITARASA TRADISI ANANTARA DESARU COAST

-Bermula dari 13 Mac hingga 9 April 2024
-6.30 petang hingga 10 malam

EARLY BIRD PROMOTION

  • 20% disc dengan pembelian dari 6 Feb hingga 10 Mac 2024
  • 20% saving for group 20 atau lebih
  • 20% savings for CIMB cardholder up to 12 persons

    NORMAL PRICE

RM178 nett adult
RM89 nett child

UNTUK TEMPAHAN

Call: +607 828 0888
Email:fbgsm@anantara.com
Web : www.anantara.com

 

Page : kisahsidairydotcom

 

P/S: cepat-cepat tau dapatkan sekarang korang…

 

Loading

1 Comment

  1. Sungguh menyelerakan menu-menu di sini, bolehlah cuba nanti berbuka puasa di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *