buffet buka puasa hard rock hotel desaru coast

BUFFET BUKA PUASA 2024 DI RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

BUFFET BUKA PUASA 2024 DI RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | Dah hampir juga kita dengan Ramadhan dan sepanjang bulan ini dan bulan mac nanti, umi akan kongsikan beberapa tempat berbuka puasa di Johor Bahru untuk tahun 2024.

Kali ni umi berkongsi dengan korang buffet buka puasa di Kota Tinggi Johor dan tentunya tempat ni merupakan tempat yang paling korang nak pergi bawa keluarga dan sahabat untuk berbuka puasa disini.

Jom berbuka puasa di Hard Rock Hotel Desaru Coast untuk merasai kenikmatan Rentak Selera yang dihidangkan oleh Hard Rock Desaru Coast sempena bulan puasa nanti.Mestilah kan meriah dengan pelbagai jenis menu yang disediakan disini.

Menu kambing golek memang tak boleh dipisahkan dengan buffet buka puasa, dan kali ini Hard Rock juga tidak terkecuali menyediakan menu Kambing golek istimewa bersama nasi mandi pastinya memberikan kelainan kepada para tetamu yang hadir.

buffet buka puasa hard rock hotel desaru coast

Dan tidak dilupakan pada tahun ini, korang akan berpeluang merasai pelbagai jenis Sushi yang dihidangkan itu nanti.Umi kalau sushi memang tak ketinggalan la.Memang akan repeat je kat station tu.

buffet buka puasa hard rock hotel desaru coast

Bagi korang yang suka dengan sup tulang merah dan juga sup-sup yang lain, jangan risau sebab kat sini ada menyediakan station sup di luar cafe ni.

buffet buka puasa hard rock hotel desaru coast

Kena pulak dengan pilihan roti yang ada disediakan disini, memang betul-betul berselera tau.Ada pelbagai jenis roti dan siapa taknak makan nasi tu, boleh la datang ke station ni.

buffet buka puasa hard rock hotel desaru coast

Berselera sungguh tengok menu-menu yang disediakan disini, larat tak larat jelah kalau korang nak rasa semua yang ada kat situ.

Ada juga grilled station yang menyediakan satay ayam dan daging serta otak-otak.Itu belum lagi menu lain seperti kacang pool dan kuih muih disini.Memang semua lengkap la.

Dari pemanis mulut, dessert dan juga teh masala yang dibuat panas-panas bila korang order.Memang sedap tau.

Nak tengok pelbagai lagi menu silalah ke page umi ye: kisahsidairydotcom

Jom kita tengok pulak harga promosi dan macam mana nak book untuk buffet buka puasa di Hard Rock Hotel Desaru Coast.

BUFFET BUKA PUASA 2024 DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

Jadi jom berbuka puasa di Hard Rock Hotel Desaru mulai 14 Mac sehingga 9 April 2024

EARLY BIRD PROMOTION

From 20 Feb to 10 March 2024

Price
RM128 nett adult
RM64 nett Child/Snr Citizen

‼️Beli 10 percuma 1

NORMAL PRICE


RM148 nett adult
RM74 nett Child(6-12 tahun)/Snr Citizen(65 tahun ke atas)

Untuk Tempahan
???? fnb.marketing@hrhdesaru.com
☎️+60127388247

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.