Pusat Pengalaman Bosch Pertama Kini Dibuka di Johor Bahru3

Pusat Pengalaman Bosch Pertama Kini Dibuka di Johor Bahru

Bosch Pertama Kini Dibuka di Johor Bahru2

Revolusi transformatif telah melanda landskap runcit dan mengubah tingkah laku beli-belah pengguna secara keseluruhan. Kebangkitan e-dagang, peningkatan kesedaran jenama, selera yang tidak pernah puas untuk produk inovatif, dan permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman membeli-belah yang diperibadikan telah membentuk semula jangkaan para pengguna masa kini yang kian arif.

Satu trend terkini yang relevan termasuk permintaan untuk peralatan dapur premium. Untuk mengiktiraf permintaan yang semakin meningkat, BSH Malaysia berbangga melantik KT Kitchen Hub sebagai rakan strategiknya untuk memberi khidmat kepada komuniti Johor dengan menawarkan pelbagai pilihan peralatan rumah dan menjadikan pusat pengalaman tersebut penyelesaian sehenti untuk membantu para pelanggan mencari peralatan yang sempurna.

Pusat Pengalaman Bosch Pertama Kini Dibuka di Johor Bahru
Sebagai sebuah syarikat yang mantap dalam industri, KT Kitchen Hub berdedikasi untuk membantu para pelanggan dalam mengubah dapur mereka menjadi ruang yang kemas, teratur, dan praktikal. Dengan pasukan pakar dan pengalaman dalam reka bentuk dalaman, syarikat tersebut menyasarkan untuk memastikan bahawa peralatan rumah dan kabinet buatan tersuai anda diselaraskan dengan sempurna.

Gary Te, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd, berkata, “Kami teruja untuk merasmikan kedai pengalaman sulung kami di Johor. Ini menandakan satu langkah penting dalam strategi pengembangan kami, dan kami berbesar hati untuk membina perkongsian yang kukuh bersama KT Kitchen Hub dalam usaha ini. Johor merupakan pasaran yang berkembang pesat untuk peralatan rumah premium dan menunjukkan potensi yang amat besar untuk pertumbuhan selanjutnya. Kami yakin bahawa warisan Jerman kami, digabungkan dengan pemahaman mendalam tentang budaya tempatan, rangkaian perkhidmatan kami yang mantap, dan dedikasi kami terhadap inovasi yang berpaksikan pengguna, akan membolehkan kami menyampaikan nilai yang signifikan kepada para pengguna di rantau ini.

bosch pertama diduka di Johor Bahru
“Dalam setiap butiran, Bosch berdedikasi untuk menjadikan hidup anda lebih mudah. Bagi kami, kepentingan frasa ‘Dicipta untuk seumur hidup (Invented for life)’ melangkaui slogan semata-mata – ia menandakan usaha kami untuk meningkatkan kualiti hidup di rumah untuk semua rakyat Malaysia melalui produk berkualiti premium dan pengalaman pengguna yang luar biasa. Sebagai jenama mesin basuh pinggan mangkuk nombor 1 di dunia 1 , Bosch terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Kami menawarkan pelbagai produk daripada peralatan memasak, mesih basuh dan pengering, mesin basuh pinggan mangkuk kepada peti sejuk dan peralatan elektrik kecil. Penubuhan pusat pengalaman ini adalah untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang eksklusif dan interaktif untuk para pelanggan kami,” kata Te.

Mengenai perkongsian bersama Bosch, Jacky Wong, pengarah KT Kitchen Hub, berkata, “Bosch sejak sekian lama berdedikasi kepada produk dan perkhidmatan kejuruteraan yang melampaui fungsi semata mata. Kami amat berbesar hati untuk menjalin perkongsian strategik ini dengan BSH Home Appliances untuk memperkenalkan rangkaian produk yang hebat dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat di Johor.

“Secara konsisten, KT Kitchen Hub berusaha untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para penduduk Johor. Dengan pelancaran pusat pengalaman peralatan rumah Bosch sulung di sini yang mempamerkan portfolio peralatan rumah yang luas, kami berjanji untuk menyampaikan pengalaman yang diperkayakan kepada semua pelanggan. Kami amat yakin dengan kualiti unggul Bosch, dan melalui pendekatan berpaksikan pelanggan kami, kami boleh menanamkan keyakinan kepada para pengguna dan meletakkan Bosch sebagai salah satu jenama peralatan rumah yang paling digemari di Johor.”

Semasa acara pelancaran yang dijalankan awal hari ini, Bosch turut mempersembahkan lambang kejuruteraan Jermannya melalui portfolio produk baharunya yang penuh potensi, termasuk:

Ketuhar Bosch Siri 8 Serba Baharu dengan Fungsi Stim

Ketuhar Siri 8 Bosch baharu mewakili masa depan masakan kerana ia menyepadukan automasi melalui Kecerdasan Buatan untuk memastikan hidangan dimasak dengan sempurna secara konsisten dan menjimatkan masa serta usaha anda di dapur. Temui pembantu dapur inovatif yang dapat menyelesaikan semua cabaran memasak anda dengan ciri seperti PerfectRoast Plus, PerfectBake Plus, Steam Function Plus, dan Air Fry Function. Fungsi-fungsi ini bukan sahaja menyediakan kaedah penyediaan yang menjimatkan masa tetapi juga menawarkan sokongan menyeluruh untuk meningkatkan pengalaman memasak anda ke peringkat seterusnya.

Siri 6 Mesin Basuh Pinggan Mangkuk Berdiri Bebas dalam Warna Hitam
Menawarkan pengalaman mencuci pinggan mangkuk yang bersih, Bosch Dishwashers didatangkan dengan ciri bernas seperti Efficient Dry, di mana pintu mesin basuh pinggan mangkuk dibuka secara automatik selepas program selesai dijalankan. Penyelesaian praktikal ini meningkatkan proses pengeringan, menghalang pemeluwapan dan menyejukkan pinggan mangkuk anda secara perlahan lahan. Ini memastikan pinggan mangkuk anda tersedia untuk dipunggah tanpa perlu mengeringkannya secara manual.

Mesin Espresso Automatik Sepenuhnya
Sama ada anda mahukan espresso, cappuccino atau latte macchiato, penyediaan semua variasi kopi boleh dikatakan berlaku dengan sendirinya, dan dalam masa yang singkat dengan Fungsi OneTouch. Pengeluaran kopi dan buih susu dikawal secara automatik dengan teknologi inovatif untuk membolehkan setiap minuman tersedia dengan satu sentuhan butang.

Keupayaan rumah pintar peralatan rumah Bosch memperkenalkan pelbagai kemungkinan baharu di rumah anda. Melalui Home Connect, anda kini boleh mengawal dan memantau semua peralatan anda dari jauh dengan mudah menggunakan telefon pintar atau tablet anda. Ini menjadikan kehidupan seharian anda lebih mudah dan, sudah tentu, mencapai hasil yang sempurna. Anda boleh menghidupkan ketuhar anda untuk memasak makan malam anda semasa dalam perjalanan pulang, memesan tablet mesin basuh pinggan mangkuk secara automatik supaya bekalan anda tidak kehabisan, dapatkan cadangan tentang program cucian tersesuai untuk dobi anda, buat kopi untuk diri sendiri dari katil pada waktu pagi, atau lihat dalam peti sejuk anda untuk mengenal pasti item yang perlu diisi semula semasa membeli-belah barangan runcit, semuanya melalui apl Home Connect.

Sempena pelancaran tersebut, Bosch Home Appliances dan KT Kitchen akan menganjurkan aktiviti dari 23 Nov – 31 Dis, dengan promosi dan hadiah istimewa bernilai RM7,000 untuk dimenangi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bosch, sila kunjungi http://www.bosch-home.com.my

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *