BOSAN DENGAN NASI KITA MAKAN BUBUR BERLAUK PULA

BOSAN DENGAN NASI KITA MAKAN BUBUR BERLAUK PULA | Nak memasak pun tak tau nak masak apa.Tapi kebetulan anak mintak bubur

Jadi umi terus dapat idea nak bubur berlauk.Cara nak buat bubur nasi tu paling mudah oii..Tak perlu orang pro pun nak buat.hahaha.

Teringat bubur nasi berlauk johor yang dulu kemain pemes di Johor Jaya.Memang lama betul umi tak kesana.Last rasanya masa bujang dulu.Rasa ada dekat 20 tahun kot.Kebetulan pulak mak mertua tak sihat hari tu, jadi umi buatlah sekali bubur ni untuk dia.Berselera dia makan.yelah, lama kan tak pekena bubur.Sekali buat, hah..memang periuk besar la guna.

bubur nasi berlauk

Dah namanya bubur berlauk kan, mestilah ada telur masin, lobak masin dan juga kangkung serta kacang.Nak buat sambal dia malas pulak nak menumbuk.jadi cukuplah lauk-lauk tu.

Benda paling simple nak buat tapi sedap..hah inilah dia.Kang kalau makan bubur saja, memang tak selera kan.Jadi bila ada lauk-lauk ni bertambah la selera dia.

Tetibalah teringin nak makan lagi Daging harimau menangis Hany kitchen tu.Sedap weh..Nak beli  memang tak cukup.

Plan nak mengecat rumah pulak hari ni.Kat dapur tu tak sette lagi..PKP ni boleh la buat itu ini kat rumah.Kang kalau dah kerja tak tau lagi bila nak buat.Nak upah orang bukan main mahal lagi.

Off memasak hari ni, umi beli nasi lemak rm2 tu sedap pulak.Jadi beli la banyak.Tu sampai tengahari tak tau lagi habis ke tidak.

Bila bosan dengan nasi kita makan bubur berlauk pula.Sedap pun sedap.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *