Borong Old Town Coffee di Shopee Sales 12.12

Borong Old Town White Coffee di Shopee Sales 12.12

Borong Old Town White Coffee di Shopee Sales 12.12 Sales 12.12| Kemain umi memborong ek kopi ni.Baru hari tu insaf tak nak minum manis-manis.Tapi bila dapat voucher rm25 Old Town Coffee tak tunggu lama lah..Terus pilih coffee kesukaan umi ni.

Lagi pulak tengah sales 12.12 hari tu, so dapatlah beli dengan harga murah dengan FREE DELIVERY  kat Shopee tu.

Tak takut ke beli barang dekat Shopee tu? Tak takut kena tipu? Walaupun ramai yang kata time sales ni memang akan ada banyak masalah bila kita beli.Yelah, masa sales ni kan ramai orang yang beli barang-barang di Shopee, jadi risau ada seller yang tak bertanggungjawab yang menipu pembeli mereka.

Jangan risau, korang baca entry tentang Tips beli barang di Shopee Supaya tak kena tipu.Bila korang ikut tips ni, confirm korang tak kena tipu.

Jom tengok apa yang umi Borong Old Town white Coffee di Shopee Sales 12.12 hari tu.

Borong Old Town Coffee di Shopee Sales 12.12

Berbungkus-bungkus umi beli, entah bila nak perabih gaknya minuman Old Town ni.

Baca juga : 10 fun facts you should know about Oldtown white coffee

Tapi yang ni umi banyak beli hazelnut sebab umi suka dengan rasa hazelnut dalam coffee tu.Tu yang beli sebungkus.Tapi bila tengok balik, umi beli dua bungkus hazelnut.Tapi yang satu tu Dark Roast hazelnut.

Tak sure sedap ke tidak.Tu yang umi nak cuba.Kalau sedap bolehlah repeat beli lagi.

Tetiba rasa macam dah lama tak minum dekat Old Town Cafe.Sejak di Pasir Gudang ni tutup, terus tak pergi lagi.Yang paling dekat pun umi rasa di Giant Plentong.

Tapi takpe, still boleh dapatkan minuman Old Town coffee ni di rumah.Tak bestnya bila tak dapat makan makanan yang mereka sajikan jelah kan.

Cukuplah ni stock untuk tahun depan.Masih lagi menahan diri dari minum coffee yang manis-manis macam ni.Biasalah kan, bila umur makin meningkat ni macam-macam penyakit datang.Jadi kenalah jaga kesihatan tu.

Korang nak juga dapatkan Old Town White Coffee ni?

Boleh terjah Shopee sekarang juga : https://shopee.com.my/oldtownwhitecoffee.os

Korang Borong Old Town white Coffee di Shopee Sales 12.12 hari tu ke tidak?Dan mana satu pilihan yang korang suka? Meh share dengan umi

Related Posts

3 thoughts on “Borong Old Town White Coffee di Shopee Sales 12.12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *