Bookmark Doodle by doodlebyherneenazir | Siapa kat sini terror buat doodle ataupun suka sangat dengan doodle.Boleh geng dengan umi ye.Sebab umi suka sangat doodle yang dihasilkan oleh orang yang memang ada talent bab-bab mendoodle ni.
Ada beberapa orang blogger yang umi kenal yang dianugerahkan Allah swt dengan bakat melukis doodle ni.Antaranya adalah Arwah Dayang dan juga rakan blogger umi dari JDT Blogger iaitu Hernee Nazir.
Makcik tu memang pandai tau melukis doodle.Umi kagum gila dengan bakat-bakat para artis ni.Yelah, umi selalu je tengok mereka buat timelapse menghasilkan doodle ni.
Dulu pernah la umi kengkonon nak jugaklah belajar melukis doodle yang simple tapi dah kata memang takde bakat, memang takkan menjadi lah.
Lama dah umi aim nak dapatkan seni lukisan macam ni.Tapi masa sabtu lepas bila berjumpa dengan rakan-rakan JDT yang lain semasa kami sama-sama menginap di JO Hotel Johor Bahru ni, Hernee datang anto Bookmark doodle ni.Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang gitu.Dapat juga merasa kerastangan makcik ni buatkan doodle untuk umi..
Tq beb..Korang dah tengok belum hasil kerastangan si Hernee tu?
Kalau belum korang boleh follow ig makcik ni : DoodlebyHerneeNazir
Semuanya comel-comel belaka.
NI baru sebahagian doodle yang dia buat.Ada lagi boleh korang terjah ig dia ek.Ni pun umi tak dapat keizinan lagi guna gambar ig dia.Harap dia maafkan umi la..Umi letak watermark tu supaya korang tak boleh ambil gambar dia..hahaha…
Kalau korang amik, siaplah korang, 🙂 🙂
By the way thanks beb..Dapatlah letak kat buku ni hah..
Selalu tanda main lipat je buku tu,Tapi sayanglah sebab nanti buku rosak kan.
Zaman sekolah dulu kemain suka kumpul bookmark tag ni tau.Petang-petang gini baru mood datang rajin nak up entry.Dari tadi dok busy settlekan kerja.Shopping barang anak.Shopping kat Shopee..Macam-macamlah.
Sebenarnya nak survey bag sekolah bebudak ni, tapi dok survey benda lain pulak..Iskkk. bahaya tau Shopee ni..
Kak hernee memang berbakat doodle2 ni.
Hai,jemput join GA saya.. kita pon buat arts jugak..sudi2 la ya join >,<
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
hahahaha.. thanks beb buat post ni.. ala bakat sikit je.. minat yg lebih..alhamdulillah kalau suka..moga memberi manfaat..