boga bali restoran

Boga Bali Restoran Makanan Bali Pertama di Johor

Boga Bali Restoran Makanan Bali Pertama di Johor | Umi tak pasti kalau ada lagi restoran yang menyediakan menu-menu dari Bali di Johor ni dan pastinya restoran Boga Bali ni antara pertama kali umi terjah untuk merasai kenikmatan makanan-makanan dari Bali Indonesia.

Bila sebut tentang masakan Bali ni, mesti korang terbayangkan kepedasan dan sambal yang disediakan di dalam hidangan bersama nasi , ayam penyet dan sebagainya kan.Hah, yang pernah pergi ke Bali dan merasai makanan-makanan dari sana je tau macam mana rasanya.

Tapi bagi umi yang tak pernah menjejaki kaki ke Bali mesti nak tau apa yang sedapnya menu dari Bali ni.Jadi hari tu umi berkesempatan dengan beberapa rakan blogger umi untuk merasai sendiri menu makanan Bali yang disediakan di restoran yang terletak di Eco Botani Iskandar.

Sebelum tu umi share sedikit tentang pembukaan Boga Bali Restoran ni dari cerita yang di ceritakan oleh foundernya sendiri iaitu Puan Suryani seorang wanita dari Indonesia.Selepas beliau berkahwin dengan rakyat Malaysia, dia sering merindui “Makanan Bali dari kampung halamannya.

Oleh itu mereka sering memasak sendiri demi mengenang kembali citarasa kampung halamannya dan memberikan masakkannya kepada keluarga dan rakan-rakan disekelilingnya merasai Rasa lazat Bali.

Sehingga 3 tahun yang lalu, rakan dan keluarga beliau memberitahu Annie bahawa masakan yang dimasak betul-betul sedap dan mereka mengsyorkan untuk membuka restoran masakan Bali supaya kelazatan masakkannya boleh dirasai oleh ramai orang.

Jadi dari situlah, beliau membuka sebuah restoran makanan Bali yang terletak di Eco Botani Iskandar ni.

Dibawah ni kalau korang lihat ialah suasana di dalam Restoran Boga Bali.Selesa dan sangat-sangat luas untuk makan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Jom kita tengok pula beberapa menu yang umi dan rakan-rakan lain order untuk dinner kami malam tu.Dari tengahari tak makan semata-mata nak kosongkan perut dengan makanan Bali ui..Teruja sungguh kan.

Boga Bali Restoran Makanan Bali Pertama di Johor

Penuh meja dengan makanan untuk kami berempat.Yang bestnya ada beberapa set yang boleh dimakan untuk 4 orang atau lebih.Jadi korang boleh pilih ikut berapa pax yang korang bawa.

Ni antara menu yang umi order dan pastinya tak mengecewakan korang

  • Nasi Tumpeng
  • Nasi Ayam Betutu
  • Nasi Campur Bali
  • Nasi Seafood Bakar
  • Nasi Ayam Geprek
  • Bakso
  • Gado-Gado Lontong
  • Sate Lilit Ayam
  • Pisang Goreng Keju Coklat
  • Es Teler
  • Es Campur

Dan minuman pula kami order 

  • Jus Nangka
  • Jus Alpukat
  • Air Serai
  • Wedang Jahe

Nak tengok lagi menu-menu lain korang boleh tengok page kisahsidairy

Alhamdulillah kenyang kami dengan masakan Bali.Yang bestnya kalau korang datang sini, dihidangkan dengan air serai panas.Memang sedap diminum panas-panas uii.Macam segar je rasa.

boga bali restoran

Geng-geng makan umi malam tu.Bersandar kekenyangan lepas makan uii.Ni yang rasa nak repeat lagi makan kat situ tu.

So kalau korang nak datang ke sini, just cari je Eco galleria, dan tengok je signboard Boga Bali tu.Tengok maps yang umi bagi nanti kat bawah ye

BOGA BALI

A0104 BLOK A EKO GALLERIA, JALAN EKO BOTANI 3, TAMAN EKO BOTANI 79100 ISKANDAR PUTERI

Dibuka pada setiap hari

Dari 10 am – 10 pm

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *