BOARD GAMES BELAJAR MATEMATIK SAMBIL BERMAIN | Tak semestinya hanya dengan bermain otak anak-anak tak boleh berkembang kan.Yang penting kita tau permainan tu boleh membuatkan anak-anak kita leka atau berfaedah.
Didikan budak zaman sekarang ni tak seperti zaman kita dulu-dulu.Yang tidak terdedah pada gadget.Nak buat mereka lebih bersemangat untuk belajar pun kena ada juga caranya.Kalau kita terlalu fokus pada anak kita akan tahu sesuatu perkara tu dengan cepat dan cekap memang susah.
Banyak je teknik nak mahir dalam matematik ni, kita kena explore mana yang anak berkenan.Dan bermain game yang melibatkan pengiraan matematik pun boleh buat diorang mahir jugak.
Nak-nak dalam pengiraan matematik.Kalau kita tak bagi contoh dekat diorang, memang diorang takkan faham.Contoh tu maksudnya, kita kena reka jalan cerita supaya mereka lebih faham.Macam tulah anak-anak umi.
Ada satu lagi cara yang paling anak-anak suka adalah dengan bermain board games.Dengan bermain board games ni boleh bantu anak-anak untuk berfikir dan mengatasi masalah pengiraan dengan mudah.Tapi setiap apa yang anak-anak lakukan apabila berdepan dengan gadget, IBUBAPA KENA PANTAU.Tak boleh biarkan mereka ni bermain sendirian.Barulah timbulnya komunikasi antara anak-anak dan juga parents, betul tak.
Kalau korang bagi je diorang main board games, tapi korang tak bersama-sama dengan diorang, manalah diorang akan faham kan.
Macam kakak ni umi selain dari membuat ulangkaji dengan buku, umi suka bila diorang bermain game online yang dapat mengukuhkan lagi ketajaman otak mereka dalam mengira.
Si kakak paling suka main game Grocery Cashier ni.Umi suka sebab game ni sangat membantu dia macam mana nak kira semua sekali perbelanjaan dan pulangan balik duit.
Banyak dah kakak kumpul points dalam permainan ni.Masa pertama kali main game online ni dia masih tak faham, jadi umi fahamkan dia dulu cara untuk bermain game ni.
Si adik pulak main game lain kat phone.Bukan main excited lagi bermain permainan game online ni.Dia kata dia dah pandai, tak payah umi nak mengajar dia pun.
Best pulak tau main game yang dapat main game online ni sebab pelbagai jenis games yang boleh anak-anak main di sini tanpa sebarang iklan keluar.Jadi anak-anak pun tak stress
Â
Sesekali kan bagi anak main game, jadi boleh la dapat hilangkan stress mereka belajar.Selalunya umi akan benarkan mereka bermain games setiap hujung minggu sahaja.Hari sekolah, memang umi akan cut masa diorang untuk menonton tv.Tapi umi takdelah kejam mana pun, kadang tu ada jugaklah terlepas tengok tv.Cuma takdelah lama.
Yelah, anak-anak sekarang kenalah ikut peredaran IT kan.Takdelah diorang ketinggalan nanti.Bagus tengok cara mereka bermain ni, pelbagai jenis board games dan mengikut peringkat umur,Ada yang permainan online dari pra sekolah hinggalah dewasa.Pilih je mana satu yang korang nak main.
Umi pun dok syok jugak layan diorang main game ni.Korang kalau ada masa, boleh la ajak anak belajar matematik melalui permainan game ni.Anak-anak mesti enjoy.
Bukan anak-anak je enjoy, malah umi dengan babah pun terikut sekali.Dah masuk list untuk aktiviti di hujung minggu pulak la lepas ni.Jom main board games belajar matematik sambil bermain.Best tau.
Gembira anak, gembirlah emak!