Birthday Dinner Secret Recipe Bukit Dahlia

Birthday Dinner  di Secret Recipe Bukit Dahlia |Seperti biasa port untuk raikan birthday kami ni hah.

Umi pilih Secret Recipe sebab masa tu, dak Naura mintak nak makan kek.Keluarga kecil kan, nak beli sebiji kek macam membazir.Nak buat birthday dia besar-besaran umi dengan babah pulak kerja tak sama.

Tapi dapat buat birthday dia dekat Taska pun dah Ok.Umi perlu sediakan kek dan juga gift untuk kawan-kawan dia je.Tahun lepas umi dah buat besar-besar kat kampung.Panggil saudara mara dan sekali dengan kenduri nenek buat.So, tumpang la sekali buat birthday dia.

Sampai umi lupa nak buat entry hingga ke hari ni.So, malam tu nenek kata nak belanja birthday girl makan kek sebab asyik sebut kek dari pagi je.Tempat paling senang nak tuju dan dekat nak sambut birthday malam² di Secret Recipe Bukit Dahlia tu jelah..

Untuk kek dia pilih sendiri nak yang mana.Selalunya dia pilih yang choclate.Tapi tahun ni dia pilih white chocolate .Umi pun dah lupa nama kek tu ape.

 

Happy lah dapat pilih kek dia sendiri.Dia ingat durian gaknya dalam tu.

Lepas tu dia request nak makan hamburger.So, umi orderkan dia set hamburger ni kat dia.

Untuk umi, babah dan juga nenek menu lain.Takde extra kek sebab semua tengah jaga makan..Ambil sikit dari kek Naura je buat rasa tekak.hahaha..

Menu untuk babah..Umi tak ingatlah apa nama menu ni.Rasa macam Fish and chips. 

Mee daging ni nenek punya.PUnnnnn..jangan tanya sebab umi memang dah lupa nama menu ni.Nenek request nak makan mee sup je.

Alio Oglio prawn untuk umi 😎 ..Of courselah umi kan peminat pasta..Tetiba macam dah lama tak tengok cerita korea Pasta tu…uih..umi suka cerita tu tau.

Itu jelah menu kami malam tu.Takde tambahan menu sebab kat rumah petang tu dah makan berat.So ini pun dah cukup.Kurangkan pembaziran kerana pembaziran itu amalan syaitooonnn. 🙂 🙂 🙂 

 

Itu jelah nak cerita.Janji puteri umi sorang ni happy.Sambil makan sambil teringat dekat kakak sebab birthday dia tak penah lagi bawa ke luar celebrate birthday dia.Cumanya birthday dia selalu buat makan² kat rumah je.Next time umi bawak kakak untuk birthday dinner eh!!

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *