Biodata Ben Amir pelakon Drama Sweet Dreams | Kenal ke Hero dalam Drama Sweet Dreams tu.Nama Ben Amirr dah mula melonjak naik dengan Drama Sweet Dreams.
Seriusly watak yang dilakonkan oleh Ben Amir memberikan kesan kepada wanita-wanita di luar sana untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Ben Amir.Kemahin umi pun dok belek-belek IG Ben.
Penampilan terbaru Ben Amir di dalam Drama Sweet Dreams ni pastinya membuatkan wanita melting melihatnya kan..hehehehe..
Nak kenal lebih lanjut tentang Ben Amir?? Jomm
BIODATA BEN AMIR
Nama penuh : Muhammad Amir Sabaruddin
Nama Komersil : Ben Amir ( menggunakan nama Ben di awal namanya bersempena dengan nama kucing pelihara kesayangannya yang mati)
Tarikh Lahir : 13 mei 1990
Asal : Setiawangsa Kuala Lumpur
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik beradik
Status : Bujang
Bangsa : melayu
Warganegara : Malaysia
Drama dan Telefilm yang pernah dilakonkan oleh Ben Amir
Suri Hati Mr.Pilot, Menantu Ting tong, Cinta si wedding planner, Fira Ayuni, Merah bukan Jambu, Asam pedas untuk dia, Playboy itu suamiku, Dunia generasi Baru, Cinta Qasidah Amin, Bulan ku di Hentian, Hajah Bakhiliah, Abang Long vs Kak long dan banyak lagi.
Terkini adalah hero di dalam Drama Sweet Dreams yang disiarkan di Astro Ria 104 setiap isnin hingga khamis 10.00 malam.
Filem
Romeo Kota
Twitter : https://twitter.com/benamirr
Instagram : https://instagram.com/benamirr
Latar Belakang Ben Amir
Nama Ben diambil sempena nama kucing peliharaanya yang mati.Ben Amir merupakan finalis top 23 Hero Remaja 2011/2012 bersama Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.
Ben Amir merupakan Graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara(UiTM) Lendu Melaka.Pernah belajar di dalam bidang pengurusan hotel di Universiti swasta selama beberapa semester sebelum melanjutkan pengajiannya di UiTM.
Beliau sangat meminati lakonan hebat tempatan, Bron Palarae.Peminat setia pasukan bola sepak antarabangsa Chelsea FC.
Ben Amir ni dah menjadi anak seni dalam 6 tahun.Satu jangka masa yang lama jugaklah bagi umi.Mungkin tahun ni dan seterusnya dia semakin dikenali.Yelah, penampilan baru Ben tu memang menjadi pujaan ramai gadis kan..
makcik tak layan tv.. ben amir pun makcik tak kenal hahaha