BIO LIFE NAT B FIZZY UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA

BIO LIFE NAT B FIZZY UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI lengkap dengan vitamin B, C dan nutrisi harian yang lengkap diperlukan oleh seseorang.

Makin duduk di rumah makin badan jadi lesu.Makin tidak bermaya pulak kan.Pulak tu stress dengan menghadap kerja di rumah, bertambah pulak dengan PDPR anak-anak buatkan badan kita cepat sangat letih.

Macam tulah umi, ingatkan bila duduk di rumah, boleh buat macam-macam kerja.Rupanya bila duduk di rumah ni, makin tak bermaya.Makin banyak kerja maka makin banyak stress yang kadang-kadang tu sampai tak tau nak buat mana satu.Sampai umi rasa baiklah kerja dari duduk rumah.Hahahah…

Tapi apa kan daya, di zaman pendemik ni kita kena selalu kena berhati-hati supaya tidak terkena penyakit Covid ni.Bukan mudah tau bila dah terkena penyakit ni.Banyak penyakit boleh timbul akibat dari serangan wabak ni.Cukuplah umi pernah menjadi salah seorang dari pesakit covid beberapa bulan yang lalu.Tak mau dah mengalaminya sekali lagi.

Sebab tu sekarang umi lebih berhati-hati.Dapatkan vitamin yang cukup untuk kita tingkatkan imunisasi badan.At least bila terkena tu takdelah teruk sanga sampai ke tahap 4 dan 5.

Bukan sahaja untuk melawan penyakit ini, malah kalau bukan sebab wabak ni pun kita perlu mengambil cukup nutrisi untuk kita terus bertenaga.Ni umi share sikit cara untuk kita kekal cergas bertenaga sepanjang hari.Kotlah korang pun lemau macam umi.Jadi kita sama-sama buat 7 cara nak kekal cergas bertenaga sepanjang hari ni.

7 CARA KEKAL CERGAS BERTENAGA SEPANJANG HARI

1# TIDUR KENA CUKUP

Kalau tidur tak cukup, memang susah tenaga tu nak bertahan sampai ke malam.Sebab tu kita disarankan untuk cukup tidur.Bila kita cukup tidur, nak bangun pagi pun mudah.

2# JANGAN SKIP SARAPAN

Sarapan sangat penting untuk memulakan hari yang baik.Jadi kita kena elak untuk skip sarapan kerana badan perlukan tenaga.Tak perlu yang berat-berat pun takpe.At least ada jugaklah makanan yang masuk.Nak best lagi mestilah ambil sarapan yang berkhasiat.

3# BERSENAM

Cuba untuk bersenam untuk bagi badan mempunyai stamina dan aktif bergerak.Dapat berjalan (bristwalk) pun dah ok.At least otot-otot tu takdelah lemau je.Ataupun buatlah regangan bagi melembutkan otot-otot korang yang keras tu..

#4 CUKUP PENGAMBILAN AIR

Ramai yang tak suka minum air, terutamanya air masak kan? Pastikan ye korang cukup minum air masak mengikut badan korang.Badan perlukan air yang mencukupi tau.Kalau tak cukup mulalah nanti masalah lain timbul.

Ni cara umilah, orang kata kalau duduk rumah ni senang nak minum.Tapi bagi umi tidak, umi kalau kat rumah, memang tak konsisten langsung minum air masak.Jadi umi perlukan botol air.Setiap pagi umi akan penuhkan botol air umi yang 1 liter atau 2 liter.Umi akan pastikan air dalam botol tu habis.Kalau untuk botol 1 liter, kenalah tambah untuk kali kedua.Kadang tu 3 botol habis.Terlebih air pun tak boleh jugak kan?heheheh

5# MAKAN MAKANAN YANG TINGGI TENAGA

Walaupun umi ni selalu sangat skip makanan yang mempunyai tinggi tenaga, tapi tetap umi nak nasihatkan korang supaya jaga makan.Perlu untuk ambil makanan yang tinggi tenaga contohnya telur, ikan, ayam, susu dam yougurt.

Umi tak ingat, kat mana umi baca pengambilan yougurt tu bagus tau.Nak-nak bagi korang yang payah nak membuang.Dikatakan yougurt ni boleh bersihkan usus.Nanti korang google eh.

6# HIBURAN UNTUK HALWA TELINGA

Dengar zikir pun hiburan jugak.Yelah, bila korang dengar zikir yang berlalagu tu, pulak tu lunak je yang mengalunkan zikir tu.Dalam masa yang sama kita pun dapat mengikut alunan zikir yang lemak merdu.Jadi disamping mendengar, boleh juga ianya memberi kekosongan ilmiah kita tu.Tujuannya supaya kita boleh bagi rohani kita bersemangat secara tidak langsung.

#7 MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)

Makanan-makanan tambahan ni perlu.Siapa kata kita tak perlukan makanan tambahan ni.Di zaman sekarang, kita banyak meninggalkan nutrisi sihat.Maksudnya kurang makanan-makanan segar.Kebanyakkannya fast food.Bila makan makanan macam ni, bertambah tak nutrisi dan segala jenis vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan.

Bila kita tidak cukup vitamin, secara tak langsung fungsi dan sistem badan sukar berfungsi dengan baik.Contohnya jika kita tidak mengambil vitamin c, badan kita akan kurang sistem imun yang lebih mantap.Jadi bila kurang, apa akan jadi pada badan kan?

Sebab tu kita perlukan makanan tambahan.

Oh ya, bercakap pasal vitamin dan nutrisi ni kan, baru-baru ni umi ada mengambil satu produk dari Bio Life iaitu Bio life Nat B Fizzy.Yang menariknya ia adalah gabungan Vitamin C, B Complex,Calcium dan Magnesium di dalam satu Tablet.Haish!! mestilah best sebab kita tak perlukan pengambilan banyak supplement dalam satu masa.

Jenama Bio Life ni dah lama kat Malaysia ni dan ramai penggunanya.Bila mereka mengeluarkan produk Nat B Fizzy ni, umi tau mesti ramai yang ingin memilikinya kerana pengambilan yang mudah dan hanya dalam satu tablet, lagi buat mereka suka termasuklah umi.Selain dari Fish Oil, umi pun consume bio life Nat B Fizzy ni.

KHASIAT BIO LIFE NAT B FIZZY YANG PERLU KORANG TAHU

BIO LIFE NAT B FIZZY

Untuk pengetahuan korang, Bio Life Nat B Fizzy ni tinggi dengan kandungan Vitamin B dan Vitamin C.Ia dibungkus secara individual bagi memudahkan dibawa kesana sini dan lebih terjamin kebersihannya serta mengurangkan proses pengoksidaan.

SIAPAKAH YANG PERLU AMBIL BIO LIFE NAT B FIZZY NI

Kalau korang diantara orang-orang yang umi sebutkan dibawah, mereka wajib ambil Nat B fizzy ni

  • Pelajar aktif yang berumur 15 tahun ke atas
  • Merkea yang ingin kekal fokus dalam bekerja dan selalu keluar atas urusan kerja.
  • Mereka yang inginkan perangsang tenaga seperti kafein, minuman bertenaga dan perokok untuk mereka tetap fokus dalam pekerjaan mereka
  • Mereka yang memandu jauh dan inginkan pemanduan yang lebih fokus
  • Mereka yang bekerja sehingga lewat malam

Bukan itu sahaja, mereka yang bergelar suri rumah pun wajib ambil Nat B Fizzy ni untuk kekal bertenaga dan kurang stress menghadapi PDPR bersama anak-anak.Korang pun tau kan B Complex dapat membantu menangani masalah depresi.

BIO LIFE NAT B FIZZY

 

SETIAP TABLE NAT B FIZZY MENGANDUNGI

  • Thiamine 15mg
  • Riboflavin 15mg
  • Nicotinamide 50mg
  • Pantothetic acid 23mg
  • Pyridoxine 10mg
  • Biotin 0.15mg
  • Cyanocobalamin 0.01mg
  • Ascorbic acid 1000mg
  • Calcium 100mg
  • Magnesium 100mg

Untuk satu tablet Nat B Fizzy  ni mengandungi vitamin B1,B2,B3,B5,B6,B12,Vitamin C, kalsium dan magnesium.Jadi cukup lengkap tak pengambilan Bio life Nat B Fizzy ni korang? Lengkapkan hanya 1 tablet diambil setiap hari dah boleh buat kita kekal bertenaga dan mendapat nutrisi yang cukup.

PANDANGAN UMI TENTANG NAT B FIZZY NI

BIO LIFE NAT B FIZZY

Setelah seminggu menggunakan Nat B fizzy ni, boleh katakan umi lebih bertenaga tau.Cukup 1 hari 1 tablet dah buat umi kekal bertenaga dan takdelah stress sangat menghadap kerja sekolah anak-anak ni.

Apa yang best nya lagi tentang Nat B Fizzy ni, setiap tablet dibungkus dengan kemas. Jadi tak risau bila kita terlupa nak tutup botolnya.Yang paling penting ia mudah sangat nak bawa kemana-mana.

Nak consume pun mudah.Hanya segelas air masak dan larutkan 1 tablet didalam air dan tunggu beberapa saat untuk minum.

Untuk kesan yang baik, ambil selepas korang makan pagi ye.

Kalau korang pun nak dapatkan Bio Life Nat B Fizzy ni korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan dengan korang dan boleh juga dapatkan secara online.Umi dah dapatkan, korang bila lagi.For sure korang akan suka dengan Nat B Fizzy ni tau.

Purchase now 2 x 10s Nat B Fizzy now at Watsons online ( https://www.watsons.com.my/nat-b-fizzy-10s-x-2/p/BP_33932) or in store for RM14.90 only !

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website http://Biolife.2.vu/natb ni.Dan produk-produk Bio Life korang boleh refer di website dan media Sosial mereka di bawah ye

Website | Instagram | Facebook 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *