Kisahsidairy.com

Malaysian Parenting and Lifestyle Blogger

Bila Tonsil Datang Menyerang | hari ketiga rasanya tonsil ni bengkak.Ingatkan sebab apa demam tiba-tiba.Yelah kan, musim-musim covid ni, antara simptom adalah demam.

Tapi disebabkan umi pasti ianya hanya demam sebab sakit badan yang dah lama wujud dalam diri, plus rasa penat badan dan berpanas, kurang minum air punca diri jadi macam ni.Duduk dalam rumah pun umi bermask tau.Yelah risau berjangkit dengan yang lain.

Selsema memang takde, cuma batuk berkahak tu jelah yng umi tak suka.Bila batuk, mulalah dada ni rasa sakit.Malam tu terus makan panadol.Pagi elok, masuk petang dah mula demam.Lastnya esok pagi babah bawak umi ke klinik,

Confirm dan tepat sangkaan umi, tonsil datang kembali.Bila tonsil datang menyerang, memang kena cari ubatlah jawabnya

Bermacam ubat yang umi dapat ni.Alhamdulillah hari ni dah ok sikit dari semalam.Kena banyak sikit minum air masak.Kurangkan makanan berminyak and banyak rehat.

Rasa dah terlampau banyak rehatnya ni.Kemas rumah memang wajib walau tak sihat.Kalau dok baring je, makin badan sakit.Dapat keluar peluh sikit jadilah.Malam ni nak gi zumba pun cancel..

Related Posts

3 thoughts on “Bila Tonsil Datang Menyerang

  1. Seriau aku kalau sebut Tonsil ni.. so harini okay tak? Kalau demam kang ada kang check suhu kena halau oii hahahahaha..
    Nanti aku bawa gula-gula Diflam aku bagi ko..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *