Bila PKP Ni Rindu Pula Nak Hiking

Bila PKP Ni Rindu Pula Nak Hiking | Last pergi hiking rasanya bulan 1 hari tu la gaknya.Terus tak ingat bila pergi ke sana

Mulanya terjebak dengan kawan yang dapat ke Tasik Biru Seri Alam tu yang buat umi berkobar-kobar nak ke sana.Cita-cita kemain tinggi nak daki bukit.Sampainya tak taulah kan.

Tapi masa tu umi cuba jugaklah walau dalam hati ni kita tak boleh.1st time tu umi ajak officemate umi ogy untuk ke sana.Dan pesan kat dia siap-siap, kalau tak boleh jugak daki kita balik.Bila dah ke sana, macam mimpi ngeri pulak nak masuk ke sana tu.Actually kalau kita nak daki bukit tu, kena berjalan lebih kurang 3 km la mungkin.

Yang mencabarnya jalan naik bukit turun bukit tu jelah.Part turun ok lagi kemain lajulah umi ko,bab naik memang separuh nyawa weh.Tapi umi tetap gagahi jugak walaupun lambat.Ada auntie tu siap sound umi lagi..Lambat sampai, dia kata.Yelah masa tu dah pukul 9 jugak la kitorang baru nak masuk.

Pertama kali kan datang, rupa bukit pun tak tau.Nak mencari satu hal, siap sesat lagi.Rupanya nak ke sana banyak jalan.Ada yang dapat terus ke tasik biru, dan ada juga yang kena lalu bukit Tiz tu.Jadi dengan semangatnya umi ke sana.

Pertama kali ke sana, umi memang tak naik bukit tu, sebab bila tengok bukit tu menggerunkan la pulak.Last-last pusing balik.Dapatlah ke pohon rimbun yang diperkatakan orang cantik tu.Layankan jelah ye dak.

Nilah pohon rimbun yang disebut-sebut tu.Yang depan tu tukang posing je..Hahah…

baca juga : Tips persediaan Berhiking bagi newbie

Lepas dari tu, rasa nak pegi lagi.Tapi alhamdulillah kali ni dapatlah naik ke bukit tu.Kalau ikutkan nak ke Tasik biru tu kena lalu 3 bukit yang dipanggil bukit 3 beradik.Sebenarnya ada laluan lain selain kena daki bukit tu tau.Tapi umi tak tau.

Oklah tu kan? Korang boleh tengok youtube umi masa hiking ke sana.Bila PKP Ni Rindu Pula Nak Hiking kan?

 

Sajalah nak buat video.Simpan buat kenangan ke sana.Dan terbaru ni barulah umi dapat jejakkan kaki umi ke Tasik Biru tu.

Patutlah ramai yang nak pergi ke sana kan? Tempat pun cantik walaupun panas terik.Itupun setelah dipaksa oleh adik-adik umi.You can doit sis!! eceh ayat kalian

Alhamdulillah, berkat kesabaran turun naik bukit yang penuh cabaran dengan guna kasut sukan biasa, memang tak lut la dengan pasir situ.Banyak kali dah tergelincir sebab kasut tak kena dengan situasi.

Jadi hari tu tercapailah impian nak ke Tasik Biru..Kemain Happy umi 

 

 

Boleh je kalau nak sampai bawah tasik tu, tapi umi gerun pulak nak ke sana.Cukuplah nampak air biru tu.Itu pun adik-adik umi kemain menyakat.Haduiii…Debo dada nak ke bawah oi..

Ni gambar bukit yang ketiga rasanya sebelum nak jejak ke Tasik Biru tu.Umi nak bergambo ramai pulak orang.Jadilah amik gambo bendera Malaysia tu.

Entah tengah bebel ape tak taulah.Masa ni pun ramai orang menunggu nak bergambar kat situ.Nak ambil tengah-tengah gambar ni, tapi ada pulak manusia yang tak reti nak bergalih dari tempat tu.Dah tau tempat tu memang orang akan datang nak bergambar.Boleh pulak dok berkumpul kat situ.Haisshh..Sudahnya gambo ni jelah diambilnya.Lagi pun malas nak berkumpul lama kat situ.Musim-musim covid ni seram weh

Muka happy sampai tunjuk semua gigi..hahaha…Satu pencapaian pada umi sebab berjaya habiskan 3 bukit yang mencabar tu.Mencabar tu bagi umi yang tak biasa dengan hiking ni.

Ramai juga yang umi jumpa dekat sini ajak join Kelab hiking diorang.Tapi umi taknak la sebab kita tau kemampuan kita tahap mana.Bukan hikers yang hebat nau ler.Kang kalau join maunya kena tinggal jauh.Berani kalau pergi sendiri jelah.

Itu pun semput tak cukup air.Tak makan takpe, janji air kena cukup.Bawak sebotol berkongsi pulak dengan adik-adik umi tu.Memasing nak berlenggang kangkung.Hakak ko jugak berat bawak beg.Masa pegi jelah berat, balik ringan.Nasib baiklah ada yang jual air kat kawasan tu.

Cepatlah habis covid ni, plan nak bawak budak dua orang tu pulak.Dah lama nau berzikir nak ikut umi ke sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *