Bila MIL Di Tahan Di Hospital

Bila MIL Di Tahan Di Hospital | Ikutkan memang tak sempat nak menghadap blog, tetapi memandangkan mata tak boleh nak tidur lagi, kita celoteh la sedikit di blog kesayangan ni.

Risau hati ni bila tak dapat nak jaga malahan nak jenguk mak yang ditahan di wad pun tak boleh.Kisahnya jumaat hari tu, lepas keluar dari bilik air, keadaan mak macam mencungap macam baru lepas berlari.Lepas tu dia terbaring.Tak selera nak makan sarapan yang umi masak tu.Tanya dia nak makan apa-apa ke tidak.Dia kata taknak.So, umi buatkan dia susu segelas.

Tengok dia terbaring je, tanya jugaklah kenapa mak.Rasa macam mana, nak pergi hospital tak?.Mulanya dia taknak.Sempatlah umi masakkan bubur untuk dia.Semangkuk jugaklah dia makan bubur yang umi masak.

Lepas tu dia sambung baring.Umi terperasan masa dia nak bangun tu, dia macam mencungap.Tanya dia, kenapa.Dia kata tetiba dia rasa penat.Terus umi ajak babah hantar dia ke hospital.

Memandangkan risau mak jadi apa-apa, umi call ambulans dulu samada boleh ambil mak ke tak.And diorang kata boleh tapi lambat sebab tengah settlekan ambil patient covid.Dengar macam tu umi pun cakap dengan babah terus jelah hantar.Risau naik ambulance tu.Umi siap-siap sambil call adik, nak mintak dia datang untuk jagakan budak dua orang ni.

Masa tu pun dah pukul 4 lebih dah.Sampai di hospital, settle daftar, mak dimasukkan ke dalam zone kuning.Mulanya umi dapatlah temankan nenek and bagi maklumat yang doktor perlukan.Lepas tu memang dia suruh keluar.Umi terpaksa tunggu kat luar.Sampai pukul 10 malam, doktor panggil dan tanya macam-macamlah.

Tunggu sampai ke 4 pagi tak jugak muncul-muncul.Tanya juga pegawai yang bertugas katanya mak akan ditempatkan di wad khas dibawah untuk pemantauan sementara.Umi dah tak tahan sangat rasanya duduk kat situ.Nak tidur pun tak boleh,nak duduk lagi sakit badan.

Pesakit Hyperthyroid memang akan cepat letih.Tak boleh nak bertahan, umi ajak babah tidur dalam kereta.And tinggalkan pesanan dekat pegawai tu, call kami jika memerlukan.

Dapatlah rehat sekejap dalam kereta.And dalam pukul 7 pagi call pun masih takde jawapan.And pukul 8 macam tu, doktor call kata dia dah dibawa ke wad tingkat 7.Kesian mak dari malam tak makan.Nak naik wad memang tak boleh.Kena tunggu jugak doktor call.

Jadi umi balik kerumah ambil apa-apa yang patut memandangkan mak warded,mestilah nak kena  jaga dia kan.Ambil barang semua sekali masuk dalam kereta.In case terpaksa tunggu kat hospital, dah boleh mandi dan tukar baju kat mana-mana.Anak-anak masa tu pun dah ada kat rumah adik yang tinggal berdekatan.

Pukul 4 petang macam tu doktor call nak jumpa.And hanya seorang sahaja dibenarkan masuk.Umi kenalah tunggu kat luar.Bila tengok babah dah turun, babah kata mak tak boleh dijaga.Masa tu rasa sedih sangat sebab umi dah bawa semua baju dan makanan untuk dia.Tapi sayang umi tak dapat jaga.Dalam fikiran ni fikir macam manalah dia nak pergi ke bilik air dan sebagainya.

Nak buatkan air panas untuk dia nanti,takde sape yang nak tolong.Jadi umi belikan dia air-air kotak macam milo dan susu untuk dia senang minum.Lepas tu belikan dia roti untuk dia kunyah-kunyah bila lapar nanti.

Tadi umi selitkan telepon kat dia, tapi doktor pun tak kasi dia pegang phone sebab sekarang ni darah dia naik.Jadi doktor nak suruh dia rehat betul-betul.Haish la..Dah la tak dapat tengok, nak dengar suara pun tak dapat

Sedih rasa hati ni,Tadi pun duduk je dalam kereta kat kawasan hospital.Mana tau kan tetiba doktor call nak apa-apa yang patut.Mujurlah umi tak balik lagi sebab nurse call mintak belikan pampers dan wet tissue sebab mak kena pakai.Doktor sarankan mak pakai sebab taknak dia berjalan.Takut jatuh katanya.

Korang, doakan mak mertua umi ROKIAH BINTI MOHAMAD kembali sihat seperti biasa ye.Umur dah 80 tahun,risau jadi apa-apa kat dia.Nanti free lagi umi cerita kenapa dia ditahan lama ye.

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Bila MIL Di Tahan Di Hospital

  • July 26, 2021 at 10:47 pm
    Permalink

    Semoga MIL akak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

  • July 27, 2021 at 11:35 am
    Permalink

    Moga MIL Eda cepat sembuh dan bebaik aja dalam peliharaan Allah swt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *