Bila dah kepenatan

Assalamualaikum
Malam baru sempat update.Sesambil tengok AF2014 ni, sambil tu boleh la up sikit entry.
Hari minggu macam ni, memang banyak aktiviti nak dibuat.Dari sarapan, kemas rumah pergi pasar, sediakan makanan tengahari, tido, bangun .hehehe..tu pun kira termasuk dalam aktivit harian la kan.
Tadi bila dok pi barang dapur, sempatlah mencuci mata di Pasaraya green point..Cari baju basahan untuk awfiyah sesambil cuci mata barangan yang lain.Nak cari baju awfiyah ni bukan senang, baju yang biasa dipakai hari hari perlu yang ringkas dan tak panas.kalau boleh yang tak berlengan.Budak sihat, mana boleh nak pakai baju yang terlalu heavy fashion dia.hehe.
Kalau tengahari nak tidur, memag confirm tak berbaju.Tadi setelah kepenatan balik dari pasar, gara gara ikut ummi dia la ni.balik je, minum susu, terus lena kat bawah.Takde tunggu nak masuk buai dah..
Dengan tak berbaju, dia dah tertidur kepenatan.Masatu lah ummi kena marathon untuk cepat cepat memasak..Kalau dia dah bangun, jangan haraplah ummi nak masak dengan tenang..Maunya dapur tak berasap bila dah mengadap dia..

Orang kepenatan sangat tu

Loading

17 Comments

  1. sejak ada anak gaya hidup pon berubah la kan kak ida ^_^

  2. Nampak penat sangat tu..

  3. Alahai, comelnya Awfiyah.. Bambam ngat.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blogâ„¢

  4. geramnya tegk dia,kalau dapat dpn mata ni, nak gomol puas puas. kiss kan untuk dia ek ida

  5. Hehehehe panatnyer dia …Bam bam girl tidurrrrrrrrr laaaa.. Baju seluar dah kasi cabut tapi stokin kekal lagi tuuu hehehee

  6. panas ye tido tak berbaju..kalo saya pakaikan baju lobang2..nanti dia terbiasa tak pakai baju pula

  7. Saya suka klu tengok anak tido mcm tu… comel jer.. 🙂

  8. weekend memang busy dengan family kan kak memang kurang sikit nak hadap blog tu. Nampak fiyah pun kepenatan sangat tu..lena dia tidur ye.

  9. bestnya jadi baby….nampak selesa sangat dia tidur tu KD….Pakaikanlah singlet kot…nanti masuk angin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *