Bila Blogger Bertemu Blogger

Bila Blogger Bertemu Blogger apa yang selalu diorang bualkan dan apa yang selalu mereka buat.Hah!! memang seronok dan bolehlah dikatakan Me Time untuk kami.

Serius lama bebeno umi tak jumpa dengan blogger-blogger ni khususnya adik-adik JDT Blogger ni hah.Kalau dulu sebelum munculnya wabak ni memang kami rajinlah juga berlaga bahu.Tapi semenjak PKP, jarang sangat buat aktiviti di luar dan menyertai food review dan juga event luar.

Lebih banyak menerima kerja-kerja dari rumha jelah.Once dah boleh rentas daerah dan Negeri ni, apa lagi.Kami disatukan semula bila kami sama-sama bekerja untuk satu hotel ni.

Kena dan tepat pada waktunya, kami berjumpa walau tak semua tapi memasing punyalah happy kan.Cuma tak bestnya kena sentiasa patuhi SOP antara kamilah kan.

Oh ya!! ni penting tau.Kot korang ada plan nak pergi bercuti dan nak mandi manda di Kota Tinggi, jangan lupa untuk menginap di Amansari Hotel Desaru ni sebab mereka ada buat promo sekali masuk Waterpark.Tak ke jimat?

Maklumat lanjut korang boleh baca di Entry INI

Bila Blogger Bertemu Blogger

Masa umi menginap di Amansari Hotel Desaru beberapa minggu yang lepas, dapatlah berjumpa dengan Suzie, Juju, Ain dan juga Huda.Ada sorang lagi blogger Napisah tapi dia tak join kami memandangkan dia ada baby kecil.Ikutkan hati nak berjumpa dengan semua JDT Blogger tapi apakan daya kan, takde rezeki.Mana tau lepas ni berjumpa lagi dengan diorang.hahahah.

Bila blogger bertemu blogger apa je yang diorang buat?

Bila Blogger Bertemu Blogger

Of course group selfie, borak itu dan ini dan yang penting, cerita pasal blog mesti termasuk.Itu belum depan mata ada makanan dan juga kopi.Itu sudah semestinya.Blogger kan, walau dia tak review pun makanan tu, tetap akan ambil gambar makanan.

Lepas tu abadikan dalam blog kesayangan masing-masing.Siapa macam tu? angkat tiak!! hahahah

Bila Blogger Bertemu Blogger

Dapat berborak sekejap pun jadilah kan.Pulak tu datang dengan family, alhamdulillah para suami memahami tugas isteri sebagai blogger.Jadi bila diberi keizinan untuk berjumpa dengan rakan blogger.Bersyukur sangat ui..

Bukan selalu kan?

Tak dapat borak lama, dapat borak sekejap pun jadilah.Dari check out, memasing ke haluan memasing, tiba-tiba unplanned berjumpa pula di depan pantai.Sambung lagi borak dan borak lagi tetapi bersama ahli keluarga termasuk sekali.

Bila Blogger Bertemu Blogger

Juju lah yang kononnya nak balik terus, tiba-tiba ikut kami ke pantai.Anak-anak lagilah, sambung berkubang di pantai padahal dari dalam kereta dah warning main cecah-cecah air je.

Tapi sebaliknya, habis basah baju dibuatnya.Jadi sambunglah mandi sebelum masing-masing beredar ke rumah memasing.Waktu singkat walau kita jadikan ianya sebagai memori, pasti akan terus dikenang kan?

 

Loading

4 Comments

  1. Bestnya dapat jumpa dengan kawan blogger kan..
    Lepaslah rindu setelah 2 tahun kene kurung di rumah..hehe

  2. Author

    best oo borak-borak..nasib baik teringat kat laki dalam bilik..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *