Bibik’s kitchen menawarkan lunch set ala carte RM35 Sahaja

Bibik’s kitchen menawarkan lunch set ala carte RM35 Sahaja

Bibik’s kitchen menawarkan lunch set ala carte RM35 Sahaja|Sangat berbaloi bila dapat makan tengahari di Bibik’s Kitchen di Jo Hotel Johor Bahru ni.Korang yang nak rasa makanan Peranakan ‘TOK PANJANG” boleh la datang ke sini.

Menu semua sedap-sedap belaka.Yang paling umi nak rasa sangat pada hari tu adalah Ayam Buah Keluak.Sebelum ni umi tak pernah tau asal usul buah keluak ni tau.Sedih kan? Bila datang untuk lunch kat Bibik’s Kitchen ni baru tau pasal buah keluak tu.

Bibik’s kitchen menawarkan harga serendah rm35 untuk lunch set ala carte.Betul murah? Of courselah murah untuk 2 orang makan dengan harga yang berbaloi-baloi ni.Kalau tak cuba korang tak tahu tau sedap ke tidak menu makan kat sini.

Baca Juga : Menu Pai Tee di Bibik’s Kitchen

Bukan itu sahaja tau, banyak lagi menu tambahan yang korang boleh cuba di sini antaranya Asam pedas Kepala Ikan, Ayam Kapitan,Udang masak lemak Nenas, Cencalok telur dadar dan banyak lagi la.Korang boleh tengok IG Bibik’s kitchen untuk menu-menu yang korang boleh cuba.

Dan untuk hari tu, umi cuba menu ala carte yang berharga RM35 dengan menu-menu di bawah ni.Memang best makan di Bibik’s Kitchen @ Jo Hotel Johor Bahru ni

JOM LUNCH MENU PERANAKAN DI BIBIK’S KITCHEN @ JO HOTEL JOHOR BAHRU DENGAN HARGA RM35 UNTUK 2 ORANG

Dalam set ni ada Cencaru Sumbat sambal, Bendi yang menggunakan paste special bibik’s kitchen, telur dadar cencalok,Ayam buah Pong Teh,dan nyonya Chap Chye serta buah tembikai.

Bukan itu sahaja tau, umi add on menu lain untuk umi rasa untuk makan tengahari tu bersama rakan JDT Blogger umi yang lain.

Nampak tak asam pedas kepala ikan ni.Kuahnya pekat dan memang kena dengan tekak umi tau.Sangat puas hati dengan asam pedas dia.

Nilah ayam Buah Keluak.bila umi search buah keluak ni dikenali juga dengan buah Kepayang dan pertama kali dalam hidup umi baru cuba buah ni dalam masakkan Ayam buah keluak di Bibik’s Kitchen.

 

Ni pulak Udang sambal petai.Memang mabless betul sambal udang dia tau.Kena pulak ada petai, makan nasi dengan udang pun dah sedap dah ni.Memang berbaloi sangat tau Bibik’s kitchen menawarkan lunch set ala carte RM35 Sahaja ni

Yang ni pulak seingat umi ayam Pong Teh.Menu ni semuanya adalah menu baba nyonya tau.

Yang ni special sikit untuk kami iaitu Sup itik ni.Memang padat dengan rempah dan juga herbanya.

Oh ya, untuk korang yang nak berada disekitar Jo Hotel ni yang nak rasa menu nasi campur serendah RM10nett boleh je makan disini.

 

Untuk set ala carte ni korang ni hanya RM35 sahaja untuk 2 orang ye.Murah sangat bila Bibik’s kitchen menawarkan lunch set ala carte RM35 Sahaja ni.Korang patut cuba.

BIBIK STYLE CHRISTMAS DINNER DARI 24- 25 DISEMBER 2020

Ni Krismas akan dari 24-25 Disember 2020, korang juga boleh celebrate  BIBIK STYLE CHRISTMAS DINNER di Bibik’s Kitchen  hanya RM80 untuk 2 orang  dengan menu-menu Nyonya style yang super sedap tau.

Boleh refer details Bibik’s Kitchen di bawah

INSTAGRAM | FACEBOOK

?: +6012 788 1951(WhatsApp)
? : +607 288 8688
?: staywithus@thejohotel.com
#noplacelikejo #staysafewithjo #breakfast #lunch #dinner
#staywithus #formerly #tropicalInn

 

Loading

7 Comments

  1. semua pun nampak sangat menyelerakan.
    yummy sangat.

  2. Kalau tak kerana PKPB ni kita dah gigih nak JJCM kesana tau! tak perlah masuk listing JJCM dulu lepas ni kita pi try satu persatu menu dia

  3. LH tak penah makan menu baba nyonya ni. Nak try juga. Harga pun murr murr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *