Best Of Borneo Flavours Buffet di Double Tree By Hilton JB

Best Of Borneo Flavours Buffet di Double Tree By Hilton JB | Kalau korang ingin merasai menu ambuyat, laksa sarawak dan sebagainya di Johor memang disinilah tempatnya.

Kalau dulu umi hanya dengar pengalaman orang yang makan ambuyat, Mee Kolok dan beberapa menu Sarawak, kali ni umi berpeluang sendiri merasai menu dari Borneo ni.

Apa yang umi ingin sekali menu dari Borneo ni adalah Ambuyat.Teruja betul bila dapat merasai kenikmatan ambuyat ni.Dia macam makan bubur berlauk jelah gitu, tapi keistimewaannya adalah aneka sambal yang disediakan amat menarik.

 

Itu baru cerita kesedapan ambuyat, belum lagi tentang Mee Kolok dan Laksa Sarawak.Pernah jugalah umi mencuba laksa sarawak yang umi buat ketika dulu.Itu pun umi beli Pes Laksa Sarawak Hj Manan.Jadi bila dapat merasainya lagi, memang nikmat korang.Cuma terpedas sikit sebab umi letak sambal tak berhengat.Hambik kau.

Ini pulak Laksa Sarawak di dalam menu buffet Borneo Double Tree By Hilton Johor Bahru.Ada dua pilihan mee yang korang boleh pilih.Atau korang nak pilih dua-dua pun apa salahnya selagi perut korang masih boleh terima makanan.

Ada jugalah beberapa menu yang sangat asing bagi umi yang disediakan di dalam Buffet Borneo ni antaranya ialah Sup Manuk, Nasi bukit, ayam bambangan, udang Masak Tuhau Cili Api, Terung Sarawak Sambal Ikan Masin,Sea World on ice, rojak dan bermacam lagi.

Best Of Borneo Flavours Buffet di Double Tree By Hilton JB
Mee Kolok

 

Manok pansuh

Dan menu lain yang semestinya korang boleh cuba adalah,Roasted Barbeque duck & Roasted Spice Chicken, Noodle Station, Littel India, pelbagai jenis dessert, aiskrim dan banyak lagi.Korang boleh la tengok FB umi untuk lihat gambar-gambar menu yang umi ambil hari tu.Menu mereka semua menarik dan sedap.Bilalah kan umi dapat jejak kat Negeri Sarawak ni.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

Nak gambar menu penuh boleh klik link ni untuk ke FB umi.Entah kenapa tetiba tak keluar embed kat fb umi tu.

Jadi, korang yang ada di JB tu, kalau jauh sangat nak ke Sarawak, atau orang Sarawak yang dah rindu dengan masakkan sana, boleh la nikmati Best Of Borneo Flavours Buffet di Double Tree By Hilton JB ni.

???? ?? ?????? ????????
8 May to 30 June 2022
6.30pm to 10.00 pm
Sunday-Thursday
Harga
RM108 nett Dewasa
RM54nett kanak-kanak
Untuk Tempahan atau maklumat lanjut boleh call : +607 268 6868

Online take us home promotion – buy 5 get 1 free 
https://takeus-home.com/…/product-category/food-beverage/

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *