Best Dim Sum Halal di Pasir Gudang | Lama betul tak makan dim sum ni.Kalau nak ikutkan memang ada je ramai yang dok jual dim sum.Tapi nak mencari dim sum halal tu payah la sikit.Kalau ikutkan dim sum ni orang chinese je suka jual.Jarang ler kan orang melayu yang jual.So, ragu-ragulah sikit nak makan.

Tapi hari tu, lepas pada dua orang blogger JDT dok up pasal Dim sum ni, terus rasa nak pergi makan kat situ.Kedai dim sum halal ni terletak di Kipmart Home Pasir Gudang.Lama dah beroperasi, cuma kurang orang dok up status pasal dim sum yang di jual di Kipmart home ni.So , masa tu sementara menunggu nak ke bank, isi perut dulu di sini.
Kedai ni bukan sahaja menjual Dim Sum, tetapi juga menjual pelbagai perasa Pau frozen dan yang siap di makan.Boleh je kalau korang nak tapau bawak balik.Tak de masalah pun.Nanti nak repeat pergi lagi dengan husband pulak.Sebab masa malam kami ke Morso, ada entry pasal makan di The Morso.Plan kami nak ke Restoran Dim Sum tu,tapi tak jadi sebab masa tu hujan lebat,jadi kira pergi yang dekat je lah kan.Jom tengok Menu yang kami order berdua hari tu.
Menu yang kami order hari tu,Prawn Dumpling,Chicken Siew Mai,Salt Egg Siew Mai,Blackpepper,Seafood dan ada aku tak ingat namanya.Untuk 3 bekas tu dia kira RM10,so kami order 6 bekas tu RM20 lah.Kalau makan dim sum ni rasa tak cukup setakat 2-3 bekas,mesti repeat lagi.Kalau dulu nak makan dim sum, kena pergi ke Kilang Bateri.Sekarang dah tak perlu.Kat Pasir gudang ni pun dah boleh makan dim sum.Banyak lagi menu selain dari dim sum ni, ada antaranya Yong Tau fu, Meatball dan lain-lain.Cuma masa aku datang tu baru pukul 12 tengahari, jadi tak banyak lagi lah menu yang di sediakan.
LOKASI
U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.

Akak suka dimsum ni tapi suka gitu2 ajelah. Klu teringin bolehlah dtg ke sini kan
tak minat sangat dimsum, tapi boleh dicuba nanti..
uih..rugi..memang pebret akak
kita memang suka teruk..hahaha..dah dekat senang nak terjah
suka makan tapi ada jenis yang tak berapa kena kat tekak. suka yang hijau tu ada rasa daging ke udang ke dengan blackpepper. rasa kenyang kalau makan yang itu.
Sedapkannn..banyak pilihann..
Nanti jom le lepak sana yokk….
alhamdulillah sekarang dah mudah sangat nak makan dimsum. kalau dulu, agak susah la. sekarang kat kampung ni pun ada orang boleh cod kan. terus makan ja. hehe ^_^
kite setakat rasa-rasa buat alas perutt boleh lahh dimsum ni…hhaahhhaaa…
alahaii jauh plak
Ya Allah… Fav saya ngn anak²….sedapnya lah.. Banyak pilihan lagi
Pre order dimsum for december 2018 area delivery johor bahru.. Sesiapa berminat boleh wasap 01117730027 saya.. Free sos 1 botol.. Jom order
DUlu ssh cr dimsum halal..skrg ada byk dah