Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid

Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid | Perkongsian hadis yang umi nak share hari ni adalah kelebihan berwuduk di rumah kemudian kita ke masjid

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

Dari Uthman bin Affan dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berwuduk untuk solat, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan menuju solat yang fardu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jamaah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya.” (HR Muslim No: 341) Status: Hadis Sahih

Banyak fadhilat yang kita dapat apabila kita mengambil wuduk di rumah untuk ke Masjid.

1. Allah mengampunkan dosa seseorang yang pergi untuk solat fardu ke masjid dengan syarat;

a. Menyempurnakan wuduk di rumah terlebih dahulu, kemudian

b. Menuju ke tempat solat berjemaah atau ke masjid untuk mengerjakan solat fardu dan,

c. Melaksanakan solat berjemaah bersama imam

2. Berwuduklah terlebih dahulu di rumah sebelum ke masjid atau ketempat solat berjemaah kerana ia pra syarat untuk pengampunan dosa bagi mereka yang akan melaksanakan solat fardu.

 

 

sumber dari : Tele+ 1 hari 1 hadis

 

Moga kita mendapat ilmu yang barakah..Jom Kahfi

 

 

Loading

2 Comments

  1. Banyak juga fadhilatnya, selama ini alasan saya berwudhu di rumah hanya sekadar untuk memudahkan saja

  2. Thanks for the sharing. Baru tau. Selama ni wudhu kt rumah sebab senang dh get ready utk solat terus bila sampai surau/masjid je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *