Bertukar kepada Beras ParBoiled Jati | Actually,lama juga dah bincang dengan husband nak bertukar kepada beras perang atau Parboiled rice ni.Bila fikirkan bab kesihatan,memang kena tukar.Tapi masa tu husband masih lagi ragu-ragu nak bertukar.
Tapi bila fikir kesihatan,lama-lama kami bertukar jugak kepada Beras Parboiled ni.Actually di pasaran banyak jenis beras parboiled ni,bukan sahaja jenis beras rebus ni sahaja,Beras perang pun ada juga khasiatnya tersendiri.
Sebelum tu,aku dah mula survey beras mana yang sedap dan harga yang berpatutan.Kalau ikut jenama beras,terlalu banyak di pasaran samada yang murah dan yang mahal.Tapi bagi aku ni ,aku ambil yang murah dan sedap je.Ada juga rakan blogger yang tolong aku suggestkan beras ni.Dan ianya mudah didapati.
Sedikit info yang aku kongsikan pada korang tentang apa itu beras rebus dan khasiatnya seperti dibawah ni.
Apa itu beras rebus/Parboiled Rice
Setelah padi(bijian beras yang masih di dalam kulitnya)di tuai,kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan beras perang.Sekiranya beras tersebut melalui proses seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi beras putih
Beras yang direbus diproses terus dari padi yang dituai.Padi direndam ,distimkan dan kemudian dikeringkan tanpa membuang kulitnya.Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus.
KELEBIHAN BERAS PARBOILED/REBUS
- Sangat bersih
- Tidak patah semasa proses
- Sangat elegan dan cantik bentuknya
- Tidak patah semasa di masak
- Semakin memanjang apabila dimasak
- Khasiatnya 80% sama dengan beras perang(brown rice)
Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. KAHKAHKAH
SA x pernah makan beras rebus..sekarang guna beras basmati sebab takde kanji..satu rumah dah tukar dah…mahal skit la..
Tak pernah lagi makan beras rebus. buat masa sekarang Sis makan beras brasmati Pulsa tu..nanti bole cuba ..
rabia makan beras faiza taj mahal tu..
Saya tak pernah cuba lagi beras rebus ni. Sekarang pakai herba poni taj mahal.
agaknya beras ni la yang housemate beli dulu, pelik sikit rasanya, tak berapa kena dengan tekak..memang kuning sikit warnanya..housemate ade diabetes, sebab tu dia beli beras ni..
pernah nampak beras ni.tapi belum tergerak hati lagi nak cuba..thanx untuk infonya kak
kan mak…aku dah boleh telan dah beras rebus ni
tak pernah lagi cuba basmathi..tapi harganya boleh tahan jugak kan SA
So far ok je Basmati pulsa tu…cuma harganya lebih murah berbanding basmathi.
harga basmathi dgn praboiled lebih kurang je.. liez br je tahu ada beras ni..
wow..beras mahal tu..hehe
so far ok je beras ni..tapi kalau pakai herba poni pun ok jgak.cuba ia agak mahal la
mungkin la tu kot..beras ni taklah berapa sedap.mak akak pun tak boleh nak telan…
cuba lah sekali..baru tau rasanya
rasa basmathi lebih mahal kot.praboiled ni ikut jenama gak.