Bersiar-Siar di Telok Sengat Kota Tinggi | Cerita minggu lepas yang tertangguh dek kerana ke sana sini menguruskan itu dan ini.Kemain kan sibuknya macam orang bekerja.
Kebetulan hari tu umi hantar adik ke Kota Tinggi bagi menguruskan kes di Mahkamah.Alang-alang ke Kota Tinggi haruslah singgah ke rumah mak.Dan masa tu pulak baru pukul 2 petang.Plan ingatkan nak balik dah sebab adik ada urusan di JB pulak.Tapi memandangkan mak dok memujuk nak ajak kami ke Telok Sengat, jadi tak jadilah urusan adik tu.
Kang merajuk pulak kan orang tua tu.Jadinya adik terpaksalah cancel temujanji dia malam tu dan petang tu kami ke Telok Sengat.Kalau dulu kan, memang rajin sangat ke Telok Sengat.Ada apa kat Telok sengat? Mestilah ada satu tarikan khususnya bagi pemancing dan juga mereka yang suka tengok suasana pantai dan juga suasana petang.
Dan masa umi kecik-kecik dulu rajin kesini untuk gunting rambut.Umi ada ceritakan kisah nyonya tukang gunting rambut yang kami kenal kat situ.Nyonya tu sampai kenal dah anak yang mana satu, yang duduk mana dan berapa orang anak mak.Bolhe baca kat sini ye.
Dan petang tu saja bawa budak-budak ni bermain di taman permainan berdekatan dengan tempat makan-makan.Kat sini pun salah satu tempat yang paling banyak kali kami makan masa dulu.Tapi tulah, makcik yang jual rojak campur tu dah takde.Yang ada kedai lama owner baru.Hah gitu.
Kat Telok Sengat ni pun ada Taman buaya tau.Tapi serius umi tak pernah lagi pergi walaupun rajin nau-nau dok mengurut sebelah rumah makcik di taman buaya tu.Macam seriau lak pergi taman buaya tu uii..
Jadi kita pegilah lepak kat jeti tu sambil tengok pemandangan di waktu petang yang indah.Katanya ada bot malam yang boleh bawa ronda-ronda di sekitar kelong tu.Tapi umi tak pernah pun cuba.Takpelah, next time jelah kita cuba.
Bawa anak-anak kecil ni tau-tau jelah,nak ambil gambar pun kadang tak sempat.Jadi apa yaang diambil tu jelah nyempatnya.
Lepas anak-anak puas bermain, mak ajak kami makan shell out sambil menunggu matahari terbenam di situ.
Askar yang kecik-kecik ni ramai, jadi memang inilah sempatnya.Kang ada jelah yang duduk kat tebing la duduk kat tepi orang la.Haishh.. macam-macamlah kan.Jadi nak elak dari kejadian tidak diingini, kita tengok anak-anak jelah.
Makanan sampai kena cepat-cepat makan.Shell out dan juga nasi goreng.Hah Cukup dah tu.Nasi goreng pun tak pedas dan shell out pun ngam.Air sirap umi order untuk 1 jug.Senang takyah nak berebut.Kalau segelas sorang memang takkan habis.Kalau order jug, cepatlah habis bebudak tu.
Makan cepat-cepat sebab anak-anak dah tak sabar nak ke Jeti.Jadi settle tengok anak-anak makan, perut kenyang, barulah suka hati nak lepaskan bebudak ni.Itu pun masih perlu berhati-hati takut anak terjun jeti tu kang
Sempatlah umi posing sementara atuk ngan nenek jaga bebudak ni sebelum diorang bertempiaran lari ke hujung tu
Kalau tengok real memang cantik suasananya.Maklumlah kita main tangkap je gambar..Hahaha..mana yang sempat gitu
Anak-anak saudara umi.Kalau berkumpul dah 20 orang anak saudara uii..Tahun depan tak taulah adik mana yang nak menambah anak.Umi memang dah tutup kilang.
Orang kata cukup ke dua? cukuplah dan itu sahaja yang mampu.Mungkin Allah beri peluang nanti nak bagi kasih sayang untuk anak-anak saudara terutama si kecik tu.Kemain nak mengekor lagi.Tapi bila tidur kat umah umi memang taklah dia kalau takde nenek.
Bila dah nak maghrib tu bergerak la kami balik sebab lepas tu terus nak balik Pasir Gudang.Dah malam-malam ni tak seronok sebenarnya nak memandu.
