Bersedekahlah Kita

Assalamualaikum
google
Bila sebut bersedekah nie,pastinya ramai yang tau kan bersedekah dari segi apa…Ada yang bersedekah dari segi wang, dan ada juga bersedekah dari segi perbuatan.Senyum itu pun satu sedekah.
“Rasulullah SAW bersabda :
Barang siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma,yang diperoleh dari usaha yang halal,sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal,Allah akan menerimanya dengan tangan kanannya(yakni menerima dengan berkahnya).Kemudian mereka melipatgandakan berkahnya bagi pelakunya,sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya.
Bahkan satu suap akan menjadi sebesar gunung Uhud”

Sebenarnya banyak kelebihan bersedekah yang mungkin kita tak tahu atau tak pernah ambil tau.
Teramatlah rugi kalau kita tidak pernah bersedekah..Aku tau,pasti korang faham tentang bersedekah nie kan.Bersedekah nie bukan lah dalam keadaan yang terpaksa untuk kita bersedekah,tetapi datangnya dari keikhlasan hati kita,walaupun nilai yang kita sedekahkan itu kecil mengikut kemampuan diri kita.
google
Ada beberapa ganjaran yang Allah berikan di dunia dan di akhirat kelak bagi orang yang bersedekah nie
Lima di dunia:
1. Menyucikan hartanya
2. Menyucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya


Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim

5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Kan….Jadi rugilah kita tak bersedekah..So di hari yang mulia,hari kepada semua hari,Alang-alang nak masuk masjid tu,dermalah ke dalam kotak masjid dengan penuh keikhlasan..Insyallah..Moga Semua amalan bersedekah kita diterima sebaiknya oleh Allah Swt.Insyallah…amin

24 Comments

  1. Bersedekah dapat menyucikan hati dan harta

  2. sedekah itu mudah πŸ™‚

  3. Bersedekahlah seikhlas mungkin biarpun hanya dengan sebuah senyuman….

  4. emm bersedekah la kita..jie tgk murah rezeki yg slalu bersedekah dan byknya keuntungannya..

  5. ye jangan kedekut untuk bersedekah..ganjarannya tidak ternilai..

  6. bercakap mengenai sedekah ni, sebenarnya rakyat Malaysia ni pemurah. tapi disebabkan ini jugak ada orang yang ambil kesempatan. konon, minta sedekah untuk anak yatim la, nak bina masjid la. bagi saya, kita sedekahkan je. soal dia nak tipu tu adalah urusan dia dan Allah. kalau dah nampak penipu, xbagi jugak. hehehe

  7. Alhamdulillah kak
    Insyaallah dengan nawaitu ikhlas kak

  8. sedekah bukan mengurangkan rezeki tapi menambahkan lagi ada laa ~~

    * singgah dari segmen kak mia πŸ™‚

  9. Marilah bersama kita bersedekah mengikut kemampuan.. mudah2an hati kita sentiasa tenang & diberkati kehidupan… aamiin..

  10. x susah nak bersedekah nie. senyum pun dah dikira bersedekah. lagikan kalau sedekah beruapa harta benda dan wang ringgit. banyak kelebihannya kpd kita. (skema nya ayat) haha

  11. heee.. teman teringat Arwah bos teman dulu.. dia selalu suruh teman sedekahkan berapa yang mampu ke masjid, tapi masa tu teman koje n baru lepas naik gaji.. sebab tu bos suruh buat macam tu.. sekarang dah tak koje.. ikut pada kemampuan nak sedekah berapa2 pun.. cuma tak banyak macam sebelum ni lah.. heee

  12. Subhanllah, indahnya bersedeqah πŸ™‚

    BTW, salam kenal kak ^^
    Ishmah singgah perdana dan follow..

  13. sedekah itu amalan mulia πŸ™‚

  14. sedekah adalah salah satu di antara 3 perkara yang akan membantu kita di alam kubur nanti… terima kasih kerana berkongsi, ida…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *