Bersarapan Nasi lemak di Hujung Minggu

Bersarapan Nasi lemak di Hujung Minggu

Bersarapan Nasi lemak di Hujung Minggu | Macam dah lama pulak umi tak cerita pasal masak-masak dan makan.Hari minggu barulah dapat bersarapan bersama.

Ikutkan hari minggu yang betul-betul semuanya ada hari sabtu lah.Sebab hari Sabtu je babah dan umi tak bekerja pada hari tu.Kalau hari Jumaat babah bercuti umi bekerja.Hari ahadnya pula, umi cuti babah kerja.

Macam tulah kisahnya bila definisi hari minggu kami laki bini yang tak sama cutinya.Tu pun nasib baiklah sabtu sekarang ni company umi cuti.Kalau dulu sabtu je setengah hari bekerja.

Selalunya sabtu babah rajin bawak kitorang sarapan di luar.Memandangkan sabtu tu umi ada kerja luar, jadi tak dapatlah keluar makan bersama.

Baca juga [ Bawa anak-anak ke Jeti Kongkong Laut ]

Jadi umi plan ahad tu nak buat nasi lemak je untuk family.Nak buat lontong kuah bahan tak cukup, jadi buatlah nasi berlemak untuk diorang ni.

Pepagi subuh umi dah siapkan nasi lemak ni hah! Itu pun sebab babah nak breakfast sebelum pi keje kan.Jadi kenalah siapkan awal.

Settle masak sambal, telur rebus, ayam goreng dan complete hidangan nasi lemak

Itupun sampai ke tengahari nasi lemak.Jadi petang barulah umi masak.

Nasi lemak yang sedap bukan hanya bergantung pada nasinya sahaja, malah pada sambalnya.Kalau sambalnya tak sedap, memang potong betullah kan?

Nak resepi sambal nasi lemak sedap? boleh ikut resepi Azie Kitchen dibawah.

RESEPI SAMBAL TUMIS SEDAP BY AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar – hiris
2-3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka
Garam
Air asam jawa/asam keping
 
Bahan kisar:
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – direbus dan ditos
2 biji bawang besar – boleh juga guna bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia – opsyenal
Sebesar ibu jari belacan bakar – opsyenal
 
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.
 
Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.
 
Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.
 
Nota:
Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.
 
Ikan bilis boleh digoreng sehingga layu, jika suka.
 
 
Siap sambal, wajib ada ayam goreng

Nasiblah si adik tu tak sekolah ahad, bolehlah umi bertugas dari depan ke belakang.Itu jelah masa nak mengemas, berehat dan complete segala kerja.

Itu jelah cerita Bersarapan Nasi lemak di Hujung Minggu.Ingat nak buat lontong.

Baca juga resepi : Sambal goreng jawa asli

 

Loading

2 Comments

  1. Syahmi ada juga request Nasi Lemak, nak kena buat juga ni. Lama tak masak nasi lemak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *