INFO kisahsidairy.com pregnancy TIPS

Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum
sumber :google
Seperti biasa lah kan,Blog tak berapa nak updated!!..Tapi tetap gagahkan jugak update hari ni walau keadaan tidak mengizinkan.
Lately ni,kepala sakit,mungkin disebabkan sakit gigi yang semakin teruk.Dah mintak nasihat doktor,tapi dikhuatiri akan membahayakan kesihatan aku sendiri.Hanya dapat ubat panadol sahaja untuk mengatasi sakit kepala.Kalau ikutkan hati nak je cabut gigi ni.Tapi bila fikirkan kesihatan diri dan baby dalam kandungan ni,terpaksalah ikut jugak.
Tinggal sehari je lagi kita akan didatangi oleh Ramadhan Al-Mubarak.Alhamdulillah…Masih lagi berkesempatan untuk menerimanya lagi..
Tapi..bila terfikir tentang kandungan ni,agak-agak boleh ke tidak berpuasa tu nanti.Banyak jugak tips yang aku ambil dari blogger-blogger yang share tentang tu.Alhamdulillah,semuanya di hujung jari.Cuma tinggal nak praktikkan sahaja.
Banyak benda yang aku google tentang wanita mengandung berpuasa.
Adakah selamat bagi wanita mengandung untuk berpuasa ni ye…
Di petik dari blog dr.Zubaidi.
Kandungan aku dah masuk minggu 34…Ini bermakna lagi 6 minggu sahaja nak bersalin..Insya allah..Moga Allah permudahkan urusan bersalin nanti.
Ada juga aku membaca tentang Hukum Wanita Mengandung berpuasa iaitu :-
Kebanyakkan para ulama’ berpendapat bahawa tidak boleh  berpuasa jika si ibu khuatirkan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum
Bertepatan dengan Firman Allah swt 

” Dan jangan kamu membunuh diri kamu( al-nisa’4:29)

“Dan jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan(al-baqarah 21:59)

Antara Tips yang yang aku baca sebagai panduan adalah :-

Tips berpuasa:

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil. 
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat. 
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.

 Dipetik dari blog Mariafidz

 Harap nanti aku boleh berpuasa penuhla..Risau jugak tu nanti..Korang pulak macam mana..ada tak antara korang yang mempunyai pengalaman mengandung ketika berpuasa..

Jom share..

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(9) Comments

  1. Kakak masa mengandung anak sulung sebab baby tak gerak buat kakak takut lalu kakak tak berpuasa 7 hari kalau tak silap. Sebenarnya kakak ok tak ada masalah tapi bimbangkan baby kakak tak puasa. Jadi dlm hal kakak itulah kakak kena ganti dan bayar fidyah. Sebab kakak berbuka bukan kerana kakak tak tahan tapi kakak bimbang baby dlm kandungan.

    Hal ini kena ambil tahu juga Eda. Tak sama berbuka kerana kita yg tak mampu berpuasa dgn kerana bimbang anak dlm kandungan.

    Moga Eda tak ada masalah.. Tapi Eda punya due date bulan puasa kan..

  2. Ayu Zan says:

    tahun lepas ayu preggy 4 bln dalam keadaan muntah2 teruk. memang hancus puasaku…

  3. kalau tak larat, dimaafkan..dikhuatiri memudaratkan kesihatan diri dan anak dalam kandungan..boleh cuba kan..
    34 minggu, nak masuk 9 bulan dah kan..tak lama lagi baby kluar..suka2

  4. semoga dipermudahkan.. yoorin pon masa mengandung dulu kandungan 6 bulan kot.. tp alhamdulillah..cukup puasa..tp tu laa.. lepas buka je muntah..sebab perut dah berangin.. padahal pagi sahur..

  5. bagus untuk ibu mengandung di luar sana

  6. eh nape sakit gigi takut dikhuatiri membahayakan?

  7. Selamat menyambut Ramadan al mubarak.. semoga Ramadan tahun ini beroleh keberkatan yg lebih besar dari tahun2 sebelumnya… aamiin.

  8. Semoga dipermudahkan ya..

  9. semoga dipermudahkan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *