Berpindah Ke Department Yang baru

Assalamualaikum
Sebenarnya ikutkan aku dah mula berpindah ke department yang baru pada awal bulan 3 lagi.Tapi disebabkan nak handover kerja-kerja kepada kawan yang baru berpindah ke department lama aku,so terpaksalah ditangguhkan lagi.
Kalau dulu,Department yang aku duduki ialah department QAQC.Aku sebagai QAQC Assistant .So kerja aku di department QAQC kebanyakkan melibatkan dokumen dan filling.So,tak payah la kan aku nak bercerita lebih lanjut pasal tu.
source :google
Sekarang aku bertukar dari QAQC ke HR department.Sekarang ni aku Admin HR Assistant.Kerja-kerja baru ni melibatkan penyediaan dokumen untuk warga asing,uruskan FOMEMA mereka,visa dan lain -lain hal untuk pekerja asing.
Kenapa aku dipindahkan deparment?Actually kalau ikut dari pengalaman bekerja,previous kerja aku memang dibahagian HR.Bila masuk sini je aku dapat pengalaman yang lain selain HR.So officemate yang bertukar tempat dengan aku tu,memang ada dip dalam mekanikal engineering dan berkaitan lah dengan QAQc tu..
So thats way la,HR tukarkan department kami.Kalau ikutkan sayang tu,memang lahTapi disebabkan ini adalah arahan dari pihak atasan haruslah ikut kan.
So,bermulalah episode baru dalam kehidupan bekerja sebagai seorang HR admin Assistant..Oklah..aku tak kisah sangat..janji naik gaji..hahaha…itu yang pentingnya kan.
So,sebab tulah aku tak update blog,kerana baru memulakan tugasan di tempat yang baru.Banyak belajar dari my HOD tentang job scope aku yang baru.
Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat dua tiga hari ni,terpaksalah juga gagahkan lagi diri ni.Selagi boleh bangun tu oklah kan.lagipun satu hari dah mc.So,continuos dengan ubat je hari-hari
Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk aku dan family.Ok..Jom tangkap ilmu lagi..see u then!!

Loading

6 Comments

  1. Seronok sebenarnya dapat berpindah department nih.. dapat kenal kawan-kawan baharu.. belajar benda baharu juga. Selamat memulakan kerja di tempat baharu.. dan selamat menimba pengalaman juga

  2. Dua bidang yg berbeza tapi dpt menimba ilmu yg memang sepatutnya
    Ok juga tu Eda. Tahniah dari kakak:)

  3. dpt naik gaji berbaloi-baloi kene tukar department pown.. hikhik..
    tahniah ida.. 🙂

  4. Semoga dept baru ni lebih menyeronokkan dan lebih sukses buat Aida… aamiin.. 🙂

  5. X pe dpt scop tugas lain x de lah bosan pastu yg penting naik gaji kora ni naik pangkat jgklah eh

  6. All the best kat department baru!
    Hahahaha.. betul2… janji gaji naik, ok aje haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *