Berpantang Selepas keguguran..Perlu kah?

Assalamualaikum
Ada yang kata perlu…Dan ada juga kata tak perlu…Itu bergantung kepada kondisi badan masing masing kan..
Seperti yang aku baca,keguguran itu lebih serius dari kelahiran.Keguguran itu umpama buah yang gugur sebelum masak.dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.
Angin gugur adalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada masalah…
See…itu sebabnya perlu berpantang.Masa aku disahkan keguguran,takdelah rasa sakit kat mana-mana..Just masa tu pening pening kepala..Terus ajak en.husband ke klinik..Sebelum ke klinik tu pun instict kuat mengatakan baby dah takde…Yelah masa tu baru 3 bulan..Takde rasa pergerakkan lagi..Cuma orang yang mengandung je dapat rasa kehadiran baby dalam tummy kan..
sumber : google
Serius dalan hati,harapan untuk baby tu survive memang nipis sesangat,,,Bila scan,kantung baby dah tak cantik…heartbeat baby pun dah takde..Walaupun aku dah makan macam2 vitamin yg doktor bagi+ minum susu pun,still “anak aku Bukan Milik aku”…Terus Doktor swasta merujuk pada Hospital kerajaan.baru tau azabnya kena scan..kena cucuk…adoiii…Bab nie memang tak payah cerita la..Last2 doktor suruh balik berehat..Tunggu sampai baby keluar sendiri..Kalau boleh Doktor taknak D&C..sebab takut memudaratkan..
Esoknya perut memulas2..Dan dah nampak darah banyak keluar..Sampai aku pun tak tau mana satu darah,mana satu baby yang keluar…part tu dah pening sangat2…Duduk..rilekskan diri sambil menangis tak henti2..Trauma sekejap..Sampai petang,baru nampak Segumpal darah dan daging yang menyerupai baby..Dan itu aku pasti..baby keluar dah..
Petang tu jugak,Mak aku datang bawak balik kampung..bertungku sakan..Berpantang..Berstokin bagai.Memang betul2 macam berpantang.waduh..Masa tu masih bleeding lagi..Terhentak sikit dalam kereta pun darah dah banyak keluar..Gamat sih!!!
sumber :utusan
Selain bertungku,aku jugak berurut..Dan pada hari ketiga tulah,kantung baby keluar sekali dengan darah yang banyak…Bleeding cukup 5 hari…walau pun tak banyak tapi khuatir jugak..At last…Dalam masa seminggu bleeding dah stop..Dan baru nak kumpul energy balik..Tu yang cuti sampai 2 minggu .
Omaiii..Panjang sungguh cerita aku ni..Ada ke orang nk baca,…hehehe…yang penting kepentingan berpantang amat2 lah perlu untuk diri sendiri.Harap ada peluang lagi lepas nie..Insyallah..

26 Comments

  1. Semoga terus tabah dan kuat menerima ujian dari Allah. Sentiasa positive…Insyaallah, ada hikmahnya. Jaga kesihatan dan teruskan usaha.. 🙂

  2. ya ida..keguguran lagi teruk pantangnya…takpalah takda rezeki..insyallah nanti allah bagi ganjaran untuk awak yer..takmau sedih sedih ek

  3. semoga cepat sembuh kak 🙂

  4. berpantang rasanya akan kekal sampai bila2..
    walaupn zamn dan maju tp still org amalkan berpantang nie.
    mmg kira mujarab ler berpantang nie,

  5. Sheila miscarriage ker??harap Sheila tabah menghadapi dugaan ini..mungkin ada hikmah disebaliknya..Insyallah mana tahu lepas nie dikurniakan kembar pulak.. 😀

    Regards,
    -Strider-

  6. InsyaAllah ada rezeki lagi nanti, kami sentiasa mendoakan KSD diberikan peluang olehNya….

  7. pernha dgr org kata kalau keguguran mst kena berpantang jg mcm berpantang lepas bersalin..
    mungkin skrg tak ada rejeki buat KSD, InshaAllah berkat kesabaran pasti ada penggantinya nnt.. take care ya =)

  8. Assalamualaikum kak ida, teringat masa sheila keguguran awal nikah dulu. tengok seketul darah macam bentuk hati ayam keluar. menangis, menggigil badan. Allahurabbi.. semoga Allah pelihara kandunganku ini.. Kak Ida kuatkan semangat ye yangg. In shaa Allah, ada rezeki lagi. Be positive okey. Jaga diri baik2 kak (",)

  9. Besar ujian mereka yg berpantang kerana keguguran. Anak tiada tapi kena berpantang.Memang sedih. Tapi itulah Allah juga yg maha mengetahui.

    Pada kakak baiklah berpantang demi menjaga kesihatan..

  10. Pada pendapat saya haruslah berpantang jika keguguran. At least berehat 2 minggu untuk kita pulihkan emosi dan kesihatan.

  11. masa preggy ni kena jaga sangat² kan..risau apa² jadi lagi untuk kali pertama..InshaAllah akan ada rezeki untuk akak lagi..fiza baca pun tumpang sedih..seram n takut pun ada.take care kak

  12. orang kata kalo kita keguguran pantang nyer sama ngan pantang bersalin…
    kwna kuatkan semangat yer…

  13. jaga diri ya kak….. in sha allah ada rezki lps ni

  14. in syaa Allah, kalau dah pernah lekat, akan ada peluang lagi.. tunggu jer.. berpantang elok2 sebab untuk diri kita juga..

  15. Saya baca sampai habis ni…hehehe…

    Keguguran pon kena pantang mcm org lpas bersalin juga. Tak per…in syaa allah ada rezeki tu nnt. Mana tau dapat kembar plak nanti.

  16. Saya baca sampai habis ni…hehehe…

    Keguguran pon kena pantang mcm org lpas bersalin juga. Tak per…in syaa allah ada rezeki tu nnt. Mana tau dapat kembar plak nanti.

  17. Mmg kna,bpntg mcm org bersalin.. Utk pulihkn tnga dlmn… Xpe lpas ni pasti de rezeki lain insha Allah…

  18. tabahkan hati sis…

  19. Apa pun yg ppaling penting, kesihatan kena jaga.. semoga Allah terus kurniakan ketabahan.. aamiin.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.