BERMULA MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK ANAK-ANAK

BERMULA MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK ANAK-ANAK | Pejam celik pejam celik dah masuk minggu akhir peperiksaan untuk kakak dan adik di Sekolah Agama.

Nasib baiklah adik cepat sembuh dari demam dia minggu ni.Dah 4 hari dia tak sekolah dan baru hari ni dia beransur pulih.Tidak pada umi yang masih belum kebah batuk dan selsema.Puas cuba ubat klinik dan petua orang-orang lama, tapi masih belum menampakkan perubahan.

Harapnya esok umi bolehla bangkit seawal yang mungkin memandangkan kakak mula periksa pada pukul 8 pagi.Insyallah umi mesti kuat, walau sebenarnya mental breakdown jugak bila jumpa dengan doktor hari tu.Itu umi cerita di lain entry.

Macam biasa, bila anak-anak dah mula periksa, doa dari kita sebagai ibubapa ni penting sangat-sangat bagi memastikan anak-anak dapat bertenang dalam menghadapi peperiksaan.Yang selebihnya umi tawakal je dengan keputusan mereka.

Baca juga : Doa ibubapa untuk anak menghadapi peperiksaan

Umi tau, zaman sekarang ni memang sangat-sangat mencabar untuk anak-anak belajar.Dengan kelas tambahan yang makin mahal, bagi yang mampu tu hantarlah anak-anak ke tuisyen kalau kita lihat prestasi anak-anak merundum.

Umi pun tau, kalau belajar dengan kita, susah la diorang ni nak dengar cakap.Mungkin cara kita tak kena dengan jiwa diorang, atau sebagainya, umi pun tak tau.Tapi umi cuba pastikan yang setiap latihan diberikan, disiapkan.Dan umi tambah sikit latihan latih tubi dari hasil carian umi di google.

Jadi jom kita submit doa ibubapa untuk anak menghadapi peperiksaan ni.Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak umi untuk menjawab peperiksaan dengan tenang.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *