Bermula Kehidupan Sebagai Pesakit Hyperthyroid | Sejak doktor bagitahu yang umi ada penyakit hyperthyroid ni perasaan rasa tak keruan.
Tak pernah terlintas pun akan dapat penyakit ni, dan kalau ikutkan tak pernah dengar ada kaum keluarga atau rakan yang ada penyakit ni.Tapi itu yang umi hadapi sebulan yang lalu.Memang terasa ada sesuatu yang tak kena pada badan ni, tapi umi selalu bersangka itu adalah simptom pada mereka yang pernah mengalami Covid.
Sebelum tu meh la umi cerita sedikit tentang penyakit Tiroid ni.Penyakit Tiroid ni lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.Tapi umi dah dekat 7 tahun tak mengandung..heheh
Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.Umi tak sure samada ianya masih diperingkat awal atau tidak.Kalau tengok pada mata kasar pesakit tiroid ni memang tak nampak apa yang kami lalui.Mereka tak faham apa yang kita alami.Mereka hanya nampak umi ni sihat je.
Tapi tak tau simptom-simptom yang ada pada umi ni betul-betul buat umi stress.Kisahnya kenapa umi serah diri ke klinik hari tu.
Bulan lepas, umi rasa dada berdebar-debar tak tentu hala.Selalu sangat tak boleh tidur malam.Badan pun makin kurus.Jantung umi yang kadang-kadang laju tu memang selalu sangat kena.Yang tak boleh tahan tu bila kena masa betul-betul nak tidur.Masa tu rasa macam nak mati.Tetiba rasa nak naik angin tak tentu hala,Sampailah sekarang, kadang ada je benda yang boleh buat umi marah macam nak apa dah.Kesian kat anak-anak dan babah.
Umi perasan tu, tapi umi tak tau dah nak buat apa.Rasa diri ni down sangat.Bila ada anak buat perangai, padahal benda tu kecik je, tapi pada umi rasa benda tu besar sangat.Sebab tu sekarang ni umi lebih suka duduk kat bilik.Yang paling payah untuk umi bila badan ni selalu lemah.Lebih banyak baring dari buat benda lain.Orang tak tau badan kita lemah, dia tau kita malas buat itu ini.Tapi hakikatnya Allah je yang tahu.
Bila rasa beberapa hari tu jantung ni lebih kerap denyutannya laju, umi pergi jugak ke klinik kesihatan.Nak tunggu appointment dengan doktor pakar jantung lambat lagi.Jadi masa pertengahan bulan jun tu umi pergi.Doktor bagi appointment untuk ambil darah minggu depannya.Dan 1 Julai doktor dah tetapkan tarikh untuk jumpa semula.
Dalam pada tu umi dah rasa memang umi kena penyakit ni sebab masa appointment dengan doktor pakar tahun lepas, doktor pun suspek umi ada tiroid.
APA ITU PENYAKIT TIROID
Secara anatomi, kelenjar thyroid terbahagi kepada dua seperti rama-rama.Dua hormon ini di keluarkan oleh kelenjar hormon Tiroksin(T4) dan juga triiodotiroksin(T3).Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia.Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna,ia akan memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, kita mungkin berasa panas dan sebaliknya.Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan bekesa.Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hopertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku.Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menanggu pengeluaran hormon tiroi.
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.
HIPERTIROIDISME
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.
Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan. Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.
HIPOTIROIDISME
Penyakit hipotiroidisme Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
GEJALA HYPERTHROIDISM
- bengkak di leher
- degupan jantung yang cepat
- cepat marah
- cepat berpeluh
- tidak tahan cuaca panas
- tangan bergetar
- kitaran haid tidak teratur
- sentiasa gelisah
- penurunan berat badan
- rambut gugur
- masalah sukar tidur (insomnia)
- bengkak di sekeliling mata
- kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
- cirit-birit
- tubuh badan lemah
- osteoporosis
( yang tulisan bold biru tu antara gejala yang ada pada umi)
GEJALA HYPOTHYROIDISM
- kurang tenaga
- rasa sejuk
- denyutan jantung perlahan
- kemurungan
- berat badan bertambah
- kurang daya ingatan
- kulit kering
- rambut gugur
- sembelit
- beguk
- nafsu seks turun
- suara serak
TIPS NUTRISI DAN PANTANG LARANG
- Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan.
- Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
- Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.
SUPPLEMEN TERBAIK
1) PROTEIN SOYA
Mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
Ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
Boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
2) IODINE
Sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
3) VITAMIN A
menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
4) VITAMIN D
menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
5) ZINC
Zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)
6) SELENIUM
Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
7) VITAMIN E
Vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)
8) VITAMIN C
Hypothyroidism amat memerlukan vitamin ini supaya dapat mengawal rembesan hormon thyrosin ke dalam tubuh dan juga dapat mengekalkan kesihatan thyroid gland.
9) VITAMIN B
Kekurangan Vitamin B2 menekan fungsi tiroid kerana tiroid dan kelenjar adrenal gagal untuk mengeluarkan hormon mereka.Orang yang mempunyai tiroid tidak begitu aktif atau orang-orang yang tidak mempunyai tiroid tidak dapat menyerap vitamin ini. Kekurangan serius B12 boleh menyebabkan penyakit mental, pelbagai gangguan neurologi, neuralgia, radang urat saraf dan radang kandung lendir.
Tanpa vitamin ini tiroid tidak boleh menggunakan bahan mentah iodin dengan cekap untuk membuat hormon. Vitamin ini diperlukan lebih dengan tiroid yang terlalu aktif. Kelemahan otot adalah perkara biasa dalam orang yang mempunyai tiroid terlalu aktif dan di kalangan mereka yang juga kekurangan B6.
10) KALSIUM
a telah mendapati bahawa apabila orang dengan tiroid yang terlalu aktif mengambil vitamin ini, ia membalikkan perkumuhan pesat biasa kalsium, dan osteoporosis dapat dielakkan.
11) MAGNESIUM
Magnesium diperlukan untuk penukaran ke T3 T4 jadi mineral ini perlu ditambah.
Dr Magovern memberitahu kita bahawa sesetengah orang kehilangan Magnesium pada kadar yang besar melalui kencing. Juga ia seolah-olah bahawa diet yang tinggi dalam makanan halus dan kafein akan menggalakkan kehilangan magnesium.
12) RESVERATROL
Mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan pememerangkapan iodida (iodide) dan, dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan sirtuins dan laluan phosphatidylinositol- 4-fosfat 5 γ kinase (PIP5Kγ), memberi kesan positif kepada metabolisme.
13) OMEGA-3
Minyak ikan dianggap baik untuk meningkatkan penyerapan hormon tiroid dan menjaga fungsi tiroid sihat. Kaya akan asam lemak omega 3, minyak ikan juga melawan peradangan dan meningkatkan kekebalan.
Sumber: vitamin.my
PENGAMBILAN UBAT CARBIMAZOLE SETIAP HARI
Doktor bekalkan umi dengan ubat Camazol ni untuk dimakan setiap hari.Sehari sekali dengan 6 biji setiap kali makan.Carbimazole ialah sejenis ubat anti-tiroid yang biasa digunakan untuk rawatan hipertiroid dan ia bertindak untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Methimazole pula ialah bentuk aktif carbimazole dalam badan. Pada peringkat awal, dos tinggi akan diberikan untuk tempoh beberapa minggu sehingga hormon tiroid kembali ke paras normal. Ia kemudiannya akan dikurangkan secara beransur-ansur dengan pemberian dos yang lebih rendah.
Umi akan berjumpa dengan doktor 2 bulan lagi selepas pengambilan ubat ni.Nak tengok samada tiroid umi berkurangan atau tidak.Semoga umi lepas dari penyakit ni.
Umi diuji sekali lagi.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang diberikan kepada kita.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)
Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.
Insyallah umi kuat.Umi akan terus kuat demi anak-anak.