Bermandi manda di Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi

Assalamualaikum
Hai korang ☺☺ Ingat lagi tak entry aku tentang Cari makan luar dan beriadah. Dalam entry tu aku ada sebutkan tentang kononnya mak aku nak ajak tengok kolam baru di Tanjung balau.
Bila kids dapat tahu tentang kolam,terus mereka nak ajak mandi kolam..Hah ni dok kerana mulut nenek la sebut pasal kolam.Kan dah semua nak pi kolam.Sudahnya nenek kena tepati janji untuk mandi kolam hari tu.So,lepas pada beriadah pagi tu,kami balik semula ke rumah.Nenek kata petang sikit baru boleh mandi kolam.
Dalam pukul 3 petang gitu,kami dah pun menuju ke Bayu Balau Beach Resort untuk mandi kolam.Kids excited lah dengar nak mandi kolam kan.
Masa masuk ke sini,memang  dah lain,selalunya  masuk tak de pak guard jaga,laluan masuk pun dah berbeza.Aku pernah buat entry berkenaannya di entry Sehari bersantai di Tanjung Balau Resort

So kali ni dah terpampang pintu gerbang masuk Bayu Balau Beach Resort.

Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi
Dapat snap dari dalam kereta je.Kalau korang nak cari  Bayu balau ni dah senang lah..nampak pintu gerbang ni dah boleh masuk.
If korang just nak mandi-manda,korang boleh terus pergi ke arah reception tau.Di area reception tu macam ada satu kedai,hah..kat situ untuk beli tiket

Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi

Ini adalah bahagian Reception Bayu Balau Beach resort 
Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi
Nampak kan bahagian receptionist tu bila korang dah masuk bayu balau ni.
Tiket masuk untuk mandi manda  di Bayu Balau Beach Resort 
4 tahun ke atas =RM10
Bila korang dah masuk ke sini,korang akan lihat chalet dan juga hotel yang terdapat di sini.Semua baru weh…huishh..rugi betul tak dapat nak menginap kat sini,sebab aku baru tau tempat ni baru siap.
Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi
Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi

Di atas ni adalah ruangan chalet dan hotel yang ada di Bayu Balau Beach Resort.Bukan takat ni je,banyak lagi sebenarnya di belakang tu.

Nilah rupa kolam mandi yang kami dok pi mandi manda hari tu.Luas dan puas hati mandi kat sini.Yang ni aku ambil dari sudut tempat duduk kami menghadap kolam renang orang dewasa.

Sebelah nya pulak untuk kanak-kanak.Di kawasan kolam renang kanak-kanak tu ada tempat gelongsor,puas hati lah kat sini.

Cuma sekarang ni tak boleh nak bawak makanan macam dulu-dulu tau.Biasalah tempat dah terjaga,kenalah diorang jaga kebersihan ye dok…

Tak sempat nak ambil gambar bebudak ni,Umi dok pantau adik yang terlebih teruja dengan air..Huii..fengsan..Taknak langsung naik dari air ni,lepas tu nak lepas pulak,takut gak dia terjunam kat situ,walaupun rendah,tapi budak-budak kalau dah terjatuh,boleh lemas jugak tau..Seriau sebab kakak awfiyah pernah jatuh masa kitorang pergi mandi kolam kat lanjut.Dari situ dia dah macam fobia.Lepas tu terus dah taknak mandi kolam.Tapi masa pergi tempohari,dia dah start nak turun kolam walaupun main kat tepi-tepi je tu.

Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi
Ni hah,nasib baiklah cik along tolong uruskan dia,bawak dia main gelongsor air,nak harapkan umi,umi pun penakut.uishhh…umi pun fobia jugak…memang tak berani dah.

Kalau korang nak tau pasal hotel ni,meh aku share sedikit harga hotel dan chalet Bayu Balau Beach Resort ni.

Chalet
Weekdays =Rm 120
Weekend =RM160 untuk 2 pax
Sekarang ni hotel tengah ada promosi hanya RM150 sahaja.



Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan,korang boleh hubungi no di bawah ni ye

+6013-7231060
Aku share sedikit Lokasi Bayu Balau Beach Resort Kota Tinggi 

                                            

Lepas ni aku nak cuba menginap di sini pulak,bukan apa,saja je nak merasai nikmat duduk chalet di kampung sendiri..heheehhe..

Loading

19 Comments

  1. menarik, klu nk mandi je kena bayar ehhh, ok la kan, kdg2 kita taknak stay..saje nak bawk anak jalan2 kan

  2. Menarik jugak tempat ni.. Kalau tak ramai org, seronok jerk mandi kolam..

  3. Kalau dah ke chalet/resort yg ada kolam, anak2lah yang paling hepi kan.
    Selamat Hari Raya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *