khasiat misai kucing

Berkunjung ke Ladang Herba Misai Kucing di Bio Desaru Kota Tinggi

Berkunjung ke Ladang Herba Misai Kucing di Bio Desaru Kota Tinggi | Kalau dulu, umi tak pernah ambil tahu tentang khasiat yang ada pada misai kucing.

Tapi ambil peduli bila umur semakin meningkat.Semakin umur meningkat semakin banyak penyakit yang singgah.Korang mesti taukan pelbagai khasiat Misai kucing untuk kesihatan.Kalau atuk nenek kita dahulu pun mereka menggunakan misai kucing untuk tujuan perubatan.So, jom kita tengok apa khasiat yang ada pada misai kucing ni.Sebelum tu korang tau  atau nampak ke Pokok Misai kucing ni?

Khasiat Herba Misai Kucing Yang perlu kita tahu

 

 

KHASIAT MISAI KUCING YANG PERLU KORANG TAHU

Misai Kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus mempunyai anti oksidan yang tinggi yang baik untuk tubuh badan manusia.Antaranya kebaikan dan khasiatnya adalah

  • Baik untuk merawat diabetes
  • Tinggi dengan antioksidan
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu membersihkan ginjal
  • Merawat masalah keputihan wanita
  • Menghalang karsinogenesis dan kolestrol

sumber: https://www.bisnessinar.com/,https://www.khkopi.com/

Sebab tu ramai pengeluar produk kesihatan memperluaskan pasaran ke peringkat lebih tinggi kerana ianya sangat meluas untuk dipasarkan dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Baru-baru ini umi dijemput oleh Biolpha Holdings Berhad iaitu pengeluar produk kesihatan yang sedang mengukuhkan dan memperluaskan perniagaan pertanian mereka dengan pengeluar terbesar produk Misai Kucing.

Pembukaan kawasan pertanian mereka di Bioalpha di Desaru Kota Tinggi ni yang mempunyai keluasan sebanyak 1,303 hektar mensasarkan tanaman herba yang meluas.

Yang bestnya pada hari itu, umi berpeluang melihat sendiri bagaimana Misai Kucing itu di tanam dan diproses sehingga diteruskan untuk proses packing dan pasaran. 

Bukan itu sahaja, Bioalpha juga menanam pokok-pokok herba yang lain seperti Tongkat Ali, Kacik Fatimah, Hempedu Bumi, Roselle, Dukung anak dan pelbagai tanaman herba yang lain bukan sahaja tertumpu di Desaru malah di Johor dan Pasir Raja serta Terengganu.

Kata Pengarah Urusan Biolapha, Encik William Hon, mereka akan terus mengekalkan hasil pertanian mereka dalam membekalkan tanaman herba mereka lebih luas dan menjadi pengeluar terbesar  bahan mentah berasaskan herba.


Umi dah Ready nak jadi petani ni.Jom ikut umi dan ketahui bagaimana Teh Misai Kucing dihasilkan.Korang sendiri boleh lihat kan dibelakang umi tu beberapa baris tanaman misai kucing dah dihasilkan.Beratus-ratus barisan semaian pokok Misai kucing yang ada disini.

Gambar di atas adalah pokok misai kucing yang dah boleh di tuai.

Di sini, kami diberi tunjuk ajar cara menanam dan menjaga pokok semaian agar hidup subur.

Mr.Raja menerangkan bagaimana kaedah menuai hasil Misai kucing secara manual.

Nampak mudah kan,tapi sebenarnya secara manual ni lebih penatlah.Manual ni dibuat hanya di bahagian tepi sahaja.

Kemain masing-masing dok mendengar penjelasan dari Mr.Raja ni.And of course umi tak lepaskan peluang untuk mencuba tuai secara manual.

Sampai tertonggeng-tonggeng umi ko buat keje tau 😆 Selebihnya menggunakan mesin yang disediakan seperti di bawah.Macam padi jugak la.

Mesin ini hanya dileretkan sahaja di atas tanaman sehingga ke bahagian hujung.Hasilnya akan diletakkan di satu tempat sebelum proses seterusnya.

Bukan sebarangan boleh diambil untuk proses ye.Just ambil daun yang muda dan bahagian bunga tu sahaja.Batang yang di bahagian bawah tu boleh disemai balik.Begitulah seterusnya..Nampak tak betapa mudah nak urus tanaman ni..Kalau rajin boleh lumayan gak..heheh

Kemudian kami diajar untuk menanam pokok Misai Kucing ni pula.

Dan di bawah ni hasil tanaman umi yang dah siap di tanam dan disiram dengan air.

Siap bahagian umi.Satu lubang tu boleh tanam dalam 3-4 batang Misai Kucing ye.

Kemudian kami di bawa untuk proses seterusnya iaitu PROSES PENGERINGAN.Misai kucing yang dah dituai di bawa ke satu tempat seperti di dalam gambar di bawah ni.Kata Mr Raja, rumah ni memang bagus untuk mempercepatkan proses pengeringan.Yang masuk dalam ni memang cepat ler terbakar segala lemak sebab memang panas.

Hasil yang dituai itu tadi di letakkan di satu tempat di dalam rumah ni.Umi lupa tempat ini dipanggil apa.

Gambar di bawah ni korang boleh lihat daun yang masih kehijaun dan yang dah kering.Daun yang dah betul-betul kering akan dibawa ke proses seterusnya sebelum di packing dan dipasarkan oleh Apotec

Siapa itu Apotec? 

Apotec adalah pengeluar produk-produk kesihatan yang siap untuk dipasarkan.From Farm to Pharmacy adalah Tagline kepada produk-produk Apotec.Pelbagai produk APOTEC disokong oleh sekumpulan kepakaran saintifik dengan 15 tahun pengalaman antarabangsa dalam Kesihatan Pemakanan. Kami menggunakan khazanah perubatan tradisional yang telah dibangunkan sejak beribu-ribu tahun kepada suplemen kesihatan moden untuk mencari kesejahteraan manusia.

Bukan sahaja Produk Misai Kucing, malah banyak lagi produk-produk kesihatan yang korang boleh dapati di website mereka.

Umi  dan babah dah amalkan 1 uncang Teh misai Kucing ni tau.Babah minum ni sebab dia ada masalah Gout dan juga diabetes.So far dia kata ok.Kaki pun tak rasa kebas-kebas.Lepas ni boleh la terus dapatkan Teh Misai Kucing ni.

APOTEC MISAI KUCING

Korang yang nak dapatkan Teh Misai Kucing ni boleh dapatkan di Website Lazada dan farmasi Apotec.Di bawah ni umi berikan link supaya senang korang klik untuk pembelian ye

Website : https://www.apotec.com.my/

FB : https://www.facebook.com/ApotecMY/

IG :https://www.instagram.com/apotecnushine/

Lazada : Klik Sini untuk pembelian

 

 

Loading

1 Comment

  1. Apo? Apotec hehehe..
    Bagus ni kalau amalkan selalu minum herga misai kucing..rumah Mak Sis ada tanam, kalau nak silalah datang amik hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *