Berita Forex Minggu Ini – Pergerakan USD Tidak Menentu

Berita forex terhangat minggu ini adalah pergerakan USD yang goyah. Adakah trend menaik akan berterusan? Atau akan ia menjunam?

 

Berita Forex Bualan Ramai – Apakah Pergerakan Menaik USD Akan Terhenti?

Sumber : pixabay.com
Nampaknya berita forex terhangat minggu ini adalah pola pergerakan USD atau dolar Amerika yang sekian lama menunjukkan kadar turun-naik yang tidak stabil dan secara jujurnya, sedikit membimbangkan. Ramai yang menduga akan dapat melihat kadaran turun dalam aluran pergerakan matawang mega ini. Tetapi mengapa pula timbul telahan seperti itu apabila carta terkini masih menunjukkan USD masih lagi menguat?

Untuk mengetahui perincian yang mendalam tentang USD ataupun mana-mana matawang lain, sebaiknya anda terus mengikuti berita forex terkini. Ini merangkumi pergerakan matawang, pertukaran polisi dagangan, kadaran inflasi dan pelbagai lagi informasi penting tentang pasaran pertukaran asing. Sebaiknya, anda memilih platform dagangan yang turut menyertakan fungsi pengetik berita yang akanmemaklumkan anda tentang perkembangan terkini kadaran pertukaran asing. Contoh yang baik adalah platform MetaTrader. 

Di mana takat USD sekarang?

Sumber : pexels.com
Mengikut pencartaan terbaru bagi matawang ini, kelihatan ada sedikit penurunan dalam minggu semasa iaitu sebanyak – 0.184% bagi pengiraan 5 hari terdahulu. Bagi pergerakan harian pula, ianya di antara julat 106.180 – 106.511. Walaupun matawang ini kelihatan kuat pegangannya pada penghujung bulan Julai yang lalu, ia merudum jatuh sebaik sahaja menjelangnya bulan Ogos. Dan sejak itu, ianya berusaha naik ke kadaran tertinggi semasanya yang dicartakan pada 27 Julai yang lepas iaitu poin 107.42.

Dengan kadar pergerakan semasa, pakar-pakar dagangan forex menjangkakan yang USD akan setara dengan nilai Euro dalam masa terdekat, walaupun menghadapi penurunan sementara. Ini dipacu lagi dengan inflasi yang tinggi di Eropah serta prestasi Euro yang semakin memburuk akibat ekonomi tempatan serta krisis tenaga dengan Rusia.

Apa maksudnya pergerakan ini kepada pasaran pertukaran asing?

Sumber : pexels.com
Secara umumnya, USD dijangkakan meningkat. Ini akan menyebabkan pasangan dagangan yang terkemuka seperti EUR/USD, JPY/USD, GBP/USD, AUD/USD dan yang serupa menurun parasnya. Sebaiknya, anda berdagang dengan pasangan yang mengutamakan USD dahulu, agar dapat mengaut untung daripada pola pergerakan USD terkini. Pasangan USD/JPY, USD/GBP, USD/CAD, dan USD/EUR disarankan buat anda teliti dan dagangkan dengan bijak dan mengikut budi bicara serta kemahiran anda dalam dagangan forex.

Apakah benar USD akan menurun akibat inflasi?

Sumber : unsplash.com
Walaupun kadaran inflasi yang tinggi sedang giat meratah ekonomi global, kelihatan matawang USD semakin menguat, meskipun merekodkan gelongsoran nilai pada minggu pertama bulan Ogos. Mengikut pandangan profesional, keteguhan matawang USD boleh dikaitkan semula kepada pasaran pekerjaan tempatan Amerika Syarikat yang semakin meneguh. Dijangkakan sebanyak 250,000 peluang pekerjaan baru bakal direkodkan bagi bulan Julai, setelah bulan Jun berjaya mencatat 372,000 pembukaan kerja yang baru.

Pantau pergerakan USD dan matawang lain dengan berita forex!

Sumber : pexels.com
Dengan kadaran USD yang tidak menentu ini, pasaran dagangan forex boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Oleh itu, anda perlulah senantiasa mengikuti rapat segala perkembangan dan berita forex yang terkini. Dengan begitu, anda akan dapat mengatur strategi dan memilih pasangan dagangan yang sesuai mengikut keadaan ekonomi dan pergerakan pasaran semasa. Selamat berdagang!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.