Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru

Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru dengan bertemakan Dari Dapur Bonda untuk Buffet Ramadhan tahun ini.

Dan ini merupakan kali pertama umi berbuka puasa di luar untuk tahun ini.Saja nak bawak anak-anak dan keluarga untuk berbuka puasa di luar pulak.So, untuk pertama kali berbuka puasa kat luar, kami mencuba hidangan Dari Dapur Bonda Trove Johor Bahru.Tahun lepas kan kita dalam pendemik, nak bawa anak-anak pun masih takut lagi.

Buffet Ramadhan Dari Dapur Bonda Trove Johor Bahru menyediakan lebih 200 hidangan dan ianya bertukar pada setiap minggu.Yang tu korang boleh check dekat Page Trove Johor Bahru ye.Yang ni umi nak cerita apa menu menarik yang umi dah cuba dan masih tak boleh nak move on sampai sekarang..cewah!! kemain ayat tak boleh move on tu.

Masuk sahaja ke tingkat 8 di Lada & Clove Restaurants dah nampak kemeriahan menu-menu yang sememangnya dekat dihati..ahh gitchuu..

Oh ya, ada juga beberapa ‘action stall’ yang menyediakan rojak, Aneka jenis kerabu, live action bakar-bakar, masakkan melayu, cina, nasi kandar, abc dan beberapa hidangan dari chef mereka iaitu Chef Firdaus.

Dan yang paling korang perlu cuba bila berbuka puasa disini adalah SUP TULANG MERAH dan LAKSA JOHOR.Ini menu wajib yang korang patut ambil tau!! 

Sup tulang merah dari Mak Timah Signature ni memang pebret kakak.Kemain sampai nak mintak umi straw dan benda yang boleh korek isi dalam tulang tu.Amboii!! kemain ek si kakak ni.Umi pun tak pernah lagi nak mengorek sup tulang tu kakak oii..hahaha

 

Tengoklah si kakak tu kemain berselera lagi dia dengan sup tulang merah tu.Antara menu lain yang umi cuba malam tu adalah Butter prawns, crispy oat prawns, Kailan goreng, Siakap sweet sour, chicken mango salad, briyani gam, dengan kari ikan mamak style.Ada juga udang kari, gulai ayam dan kentang, hati ayam masak kicap, ikan keli goreng berempah dan yang paling umi suka perut lembu masak lemak dengan nenas.Pedas dan sedap..

Ada jugak ulam-ulaman untuk korang rasa dan segala jenis sambal kat situ.Umi suka makan kerabu terung tak silap umi.Sedaplah.Next time nak buat kat rumah..hahah Harap menjadi la kan.

Dan ada juga disediakan nasi kerabu bersama ulaman yang tersedia disebelahnya.Umi tak sempat nak cuba nasi kerabu tu sebab banyak sangat makan lemak perut tu.Adik jelah makan, tapi tulah, dia boleh pulak makan dengan ayam goreng je.sabau jelah umi

 

Tak meriah kalau takde kambing golek kan bila buffet ramadhan ni.Of courselah ada disediakan dengan sos lada hitam yang pekat tu.Meja umi je dah 3 pinggan makan kambing golek tu.Penggemar kambing betul dua beranak tu kan.

Ada juga disediakan ABC, minuman panas seperti teh tarik, teh halia, kopi dan teh.Minuman sejuk pulak pelbagai perasa untuk korang cuba.

Tak cukup dengan itu, penutup untuk makan-makan mestilah kuih muih tradisional dan juga puding.Memang sukalah umi.Tapi tulah, tak boleh dah nak makan dessert bebanyak macam dulu..haishh..kalau tak banyak dah umi balun.

Gambar kuih muih dan juga menu-menu lain ada umi sertakan di facebook personal umi.Korang bolehlah tinjau-tinjau menu kat fb umi tu

Meriah kan menu-menu yang disediakan disini.So, umi dah cerita dah pengalaman umi untuk berbuka puasa di Trove Johor Bahru ni, cepat-cepatlah korang booking seat untuk berbuka puasa.Ajak kawan atau keluarga untuk makan kat sini.Selesa dan menu pun menarik.

Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru

Untuk tempahan korang boleh contact
????? ? ??? ??? ???? https://wa.me/+60167231917
???? ? ??? ??? ???? https://wa.me/+60167717585
????? ? ??? ??? ???? https://wa.me/+60196812169
????? ? ??? ??? ???? https://wa.me/+601672390
#trovejb #buffetramadhan2022 #buffetjohor2022
#buffetramadhanjohor #buffetramadhanjohor2022 #kisahsidairydotcom #lifestyleblogger #mommyblogger #jdtblogger #foodieblogger #jdtblogger

Alhamdulillah ada juga rezeki anak-anak untuk berbuka puasa di trove hotel johor bahru.

baca juga : Senarai buffet ramadhan sekitar Johor Bahru

 

1 Comment

  1. Laksa Johor dia memang sedap dari dulu.. biasa ada satu menu asam pedas ekor tu, takde plak ek tahun ni> Sup gearbox pun sedap…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *