BERBUKA PUASA DI THISTLE HOTEL JOHOR BAHRU.Bertemakan Citarasa Warisan Kampung, Thistle Hotel Johor Bahru menyediakan lebih 200 menu untuk korang berbuka puasa di sini.
Jemputan berbuka puasa di Thistle Hotel Johor Bahru tahun ini amat-amatlah bermakna untuk umi, bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Anak Yatim Shafar, malah umi dapat birthday wishes lagi oleh Thistle Hotel Johor Bahru.
Kali ni umi berbuka puasa dengan anak-anak je sebab babah tak dapat nak join.Babah kerja pun balik dah lewat, kalau dia ada mesti best kan.
Big thanks kat Joshua yang bagi nama umi dekat si Embun JB tu.Datang dekat ye untuk nyanyikan lagu birthday diiringi alunan violin dari adik Aqmal kita yang sentiasa bertenaga tu.Hebat betul ek.Sambil bermain violin, sambil berjoget ke sana sini.Kagum umi tengok dia.
Ok, untuk menu berbuka puasa di Thistle Hotel Johor Bahru ni, mereka menyajikan pelbagai jenis juadah citarasa kampung seperti, Siput sedut lemak cili api,Itik masak lemak cili api, ayam masak merah, daging tempoyak dan macam-macam lagi.
Siput sedut masak lemak cili api ni memang best ye.Kali kedua umi jumpa siput sedut ni bila berbuka puasa di hotel.Masa umi ke GBW hari tu pun dapatlah merasa makan siput sedut ni.Setiap hotel ada cara masak tersendiri.Semua sedap dan menepati citarasa umi.
Dan paling best, umi dapat rasa menu itik salai.Dalam tu bukan ada itik sahaja ye, telur itik pun ada juga.Kali kedua umi menikmati telur itik ni.Masa ke Holiday Inn JBCC tu, itulah pertama kali umi mencuba telur itik masak lemak cili api.Bila dekat Thistle Hotel pun ada, apa lagi umi memang tak lepaskan peluang untuk merasai menu ni.
Umi ambil telur dia sahaja memandangkan umi tak makan itik tu sendiri.Tak taulah bila tekak ni boleh makan itik dengan penuh nikmat.hahaha
Kalau korang berbuka puasa kat Thistle ni, korang akan nampak banyak live stall yang menyediakan menu bakar-bakar, Kibas panggang 30 hari, sate ayam dan daging, ayam percik dan banyak lagi.
Dan korang akan lihat deretan gulai kawah seperti asam pedas ikan pari, Gulai daging salai, gulai pisang muda dan ayam opor Maharaja.
kat sini juga menyediakan menu Chinese cuisine iaitu Hainanes nasi ayam, Roasted and steam chicken dan fried butter prawn.Pendek kata semua makanan yang korang nak makan tu ada kat sini.
Oh ya, nanti berbuka kat sini jangan lupa untuk ambil durian goreng tau.Dan yang terpaling best, ada durian fresh lagi mat.

Itu belum termasuk dessert dan kuih muih yang disediakan kat sini.Banyak betul pilihan makanan tau.Korang ready je dengan perut yang kosong.
Sambil berbuka puasa kat sini, sambil melayan celoteh si Embun JB, pengacara yang berbakat tu.Semua boleh dan juga penampilan violin terkenal Johor iaitu adik Aqmal.
Memang happening tau kat sini.Kalau korang nak buat ucapan birthday ke anniversary ke, hah boleh la bagitau dekat diorang ni.Nanti diorang akan datang ke tempat korang dan menyanyikan lagi birthday atau anniversary.
Oh ya, gambar menu berbuka puasa di Thistle Hotel Johor Bahru ni korang boleh tengok kat page umi di sini ye.
BUFFET RAMADHAN CITARASA WARISAN KAMPUNG THISTLE HOTEL JOHOR BAHRU
8 April & 15 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett (Dewasa)
RM119 nett (Kanak-kanak berumur 6-12)
Ramadan Stay & Dine with the Stars
8 April & 15 April 2023
RM599 nett Penginapan Satu Malam Deluxe Room
Termasuk Sahur dan Berbuka Puasa untuk 2 orang
Tempahan atas talian boleh dilakukan melalui:
www.thistle.com.my/johorbahru
reservations-malaysia@thistle.com.my
07-267 8999
012-789 2092 (WhatsApp)