Berbuka Puasa di Selera Ibunda Tunamaya Beach & Spa Resort pula kali ni dengan menu-menu ibunda kita di kampung.
Nampaknya kita gantung kuali lagi la kali ni kan.Jadi bawa anak-anak lagi untuk berpuasa kat sini
Itu pun dah tak sabar nak makan katanya.Kemain masing-masing dengan menu pilihan masing-masing.
Yang menariknya tahun ni, tema ibunda yang mengetengahkan menu emak, menu mama, menu ibu, menu umi akan sentiasa bertukar.Lama betul umi tak ke Tunamaya Beach & Spa Resort ni.Suasana tepi pantai pun makin cantik
Ia termasuklah menu menu yang disukai ramai antaranya menu mama dari nasi lemak, kambing bakar ,gulai daging kawah, ayam gulai kampung, daging goreng halia, udang kari nyonya kapitan dan tidak lupa asam pedas ikan tenggiri papan.
Selain dari itu masakkan pantai timur antaranya Nasi kerabu, mee celup, kambing bakar percik sos, ayam goreng berempah, nasi ambang, kambing golek, mee rebus, penang char kuey teow, ayam briyani, nasi dagang utara, kambing baka ala kampung dan pelbagai lagi.
Ada juga live station di luar yang menyajikan menu-menu panas seperti murtabak dan roti canai semasa umi berbuka puasa di sana.


Ni antara menu utama yang ada pada malam umi berbuka puasa kat situ.Alhamdulillah semua sedap.Udang kari nyonya kapitan tu sedap pulak.




Semua umi cuba, dan satu lagi kerabu-kerabu yang disediakan malam tu memang sedap.Dapat kerabu sotong dengan kerabu ayam tu emmm, memang umi jelah yang makan.







Dan tak lupa juga Kambing golek dan ayam turki golek.Patutlah besar je nampak ayam tu kan.

Dua kali repeat ambil daging kambing dengan ayam tu tau.Si adik suka sangat dengan ayam tu ditambah pulak dengan sos blackpepper yang pekat tu.Memang bertambah la anak dara sorang tu.
Tak cukup dengan itu ada satu menu ni memang umi tak pernah cuba,rasa macam nasi ayam tapi dia bukan nasi ayam.Sebab dia bukan makan dengan sup, tetapi makan dengan kari


Banyak juga pilihan makanan yang sedap-sedap kat sini.Dari makanan berat sehinggalah makanan pencuci mulut seperti buah dan kuih muih yang korang boleh makan.


Untuk menu-menu lain korang boleh tengok di Page umi di bawah ni ye
Nasib baik hujan kat luar tu, kalau tak umi nak pilih duduk diluar sebab nak rasa suasana makan tepi pantai gitu.Sambil dengar bunyi ombak.Best kan? Selalunya dengar bunyi motor kereta je dibandar kan.ini jauh dari bunyi-bunyian tu.
Oh ya, kalau korang nak menikmati suasana berbuka puasa di sini ni dah boleh la buat tempahan sekarang.Bagi korang yang menginap di sini, dapatlah dengan harga in house guest.
BUFFET RAMADHAN TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT
?????? ?????:
Purchase after 2nd April 2022
RM88Nett (Adult) | RM58Nett (Child 6-12 years old)
IN HOUSE GUEST
RM78 per adult
RM48 per child
????/????????: 016 772 7352 (En Shahrul) or 014 272 6595 (En Iskandar)
Email: shahrul.hgjb@careluxuryhotels.com
Book Here: https://bit.ly/3svtj1Y
Rindu nak makan di Tunamaya ni, kalau tak hujan seronok makan sambil dengar ombak.. menu dia pun meriah..