BERBUKA PUASA DI PULAI SPRINGS RESORT .11

BERBUKA PUASA DI PULAI SPRINGS RESORT

BERBUKA PUASA DI PULAI SPRINGS RESORT untuk ramadhan ketiga.Kali ni kami sekeluarga Pulai Springs Resort untuk berbuka puasa dengan hidangan Bufet Ala Bazar 28 hari.

Itulah specialnya bila berbuka puasa disini.Memang meriah dengan bazaar-bazar seperti diluar.Deretan bazar diluar tu sama dengan bazar ramadhan yang selalu kita pergi.

Tema yang masih sama tetapi berbeza dan bertambah dari segi menu yang dihidangkan.Last umi berbuka puasa disini iaitu pada tahun 2019 tak silap.Korang boleh baca entry umi disini.

Sayangnya kali ni masa kami berbuka puasa kat sini, hujan jadi anak-anak tak boleh la nak menonton screen besar di padang tepi Gleanegles ni.Kalau tak mesti anak-anak suka menonton screen besar dengan cerita yang disediakan.

Oklah, untuk tahun ni Pulai Springs resort menawarkan hidangan bufet ramdhan bertemakan Bufet Ala Bazar 28 hari” dengan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa. bermula 24 mac hingga 20 April 2023.

Hidangan Bufet ala bazar 28 hari ni disediakan setiap hari sepanjang bulan ramadhan yang terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulit, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman sejuk dan panas.

Konsep masakan dari negara barat dan timur tengah juga diketengahkan oleh Chf Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadhan tahun ini.

Antara hidangan yang diketengahkan oleh Chef termasuklah Nasi arab 28 hari ala Pulai yang dihidangkan bersama kari kambing, Nasi goreng Kawah, Lokching, Rojak asma serta Sup power Chef iaitu Sup gear box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal kicap.

Kambing bakar yang siap dengan sosnya.Tinggal letak dengan sos blackpaper lagi bertambah kesedapannya.

Deretan bakar-bakar termasuklah Ayam tandoori, ayam madu, sausage Teriyaki dan daging yang siap dipotong.

 

Sate ayam dan daging sudah menjadi kemestian untuk ada apabil berbuka puasa ye.Daging lembut dan kuah pun sedap.

Dibawah ini juga antara menu kawah yang korang kena cuba.Memang puas hatilah dengan menu-menu yang dihidangkan disini.

BERBUKA PUASA DI PULAI SPRINGS RESORT

BERBUKA PUASA DI PULAI SPRINGS RESORT

Warung minuman sejuk kat sini menyediakan pelbagai jenis air tau.Jangan lupa juga untuk merasai kenikmatan coconut shake disini.

Di samping itu, ada juga gerai yang menyediakan mee kolok, oden, sup gear box, apam balik, lokching dan pelbagai lagi.

Bufet Ala bazar 28 hari ni juga menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, potongan buah-buahan, aneka jenis kek, puding, dodol, wajik dan jeli.

Kalau korang nak rasa kemeriahan berbuka puasa disini kena cepat-cepat booking tau.

Oh ya, nak tengok pelbagai menu yang dihidangkan boleh tengok kat page umi ye.

So, apa lagi booking segera untuk dapatkan harga EARLY BIRD

 

BUFFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT 

 

buffet ramadhan pulai springs resort

Gleneagles Terrace Restaurant


24 Mac hingga 20 April 2023
7.00 pm hingga 9.30 pm
Surau Disediakan

 Harga Biasa

RM128 dewasa
RM64 kanak-kanak(4-12 tahun)
 Beli 10 vaucer dewasa free 1 voucer

Minggu Pertama Ramadhan

RM113 dewasa
RM56.50 kanak-kanak

Untuk Tempahan
016 733 2818
016 733 2919
 07 521 2121
Baca juga :SENARAI BUFFET RAMADHAN JOHOR BAHRU 2023

 

Loading

1 Comment

  1. Terlalu teruja macam berada di bazar ramadhan sampai kita terlupa nak ambil gambar tau. Cuma amek video aje, sabar aje laaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *