RANDOM

Berbuka Puasa di Pulai Springs Resort Johor Bahru

Berbuka Puasa di Pulai Springs Resort Johor Bahru | Cerita sabtu lepas umi bawa anak-anak dan adik berbuka puasa Pulai Spring Resorts.

Lepas umi bawa anak-anak ke Kiddomo Innovation Centre di R&F Mall Tanjung Puteri, Petangnya umi berbuka puasa di Pulai Springs.Habis bawak budak² tu dalam pukul 2 macam tu.Sempatlah lagi balik Dato Onn dan suruh budak² charge energy diorang.

Apa taknya seharian bermain di dalam Kiddomo Playland tu, memang penat tak hengat dunia.Yang penatnya mak² ni la. Yang bebudak ni, kalau dapat main, memang tak hengat dunia.

Nanti umi ceritakan di lain entry pulak ye pasal Kiddomo Innovation Centre tu.Banyak nak pilih gambo² dalam phone.

So, dalam pukul 6 gitu, kitorang dah gerak ke Pulai Spring Resorts. Alhamdulillah, nasib baik tak jauh dan tak jammed petang tu.Jadi sampai sana just nice la orang pun dah penuh.

Umi tak sempat nak ambil gambar banyak masa tu.Tapi umi teruja sangat dengan Stall di luar tempat makan yang berbaris panjang tu.Terus rasa Teruja weh..Umi ada buat ig story semasa kejadian berbuka puasa kat sana.So korang check out jelah ye IG story umi tu. 

 

follow >>>>>>> http:// instagram.com/sitirohaida_yusof

Untuk berbuka puasa kali ni umi bawa adik² dan 3 orang anak umi ni hah.Upah sebab diorang behave masa dekat Kiddomo.Nasiblah tempat tu selesa.Jadi takdelah banyak karenah diorang ni.Babah tak ikut sebab keesokkanya kerja.Takut balik lambat, babah kepenatan pulak.Jadi umi dengan adik² jelah yang ada mase tu.

So, dalam pukul 6.45 tu dah ramai orang yang ambil makanan tak terkecuali umi dan adik².Meriah tengok Buffet Ramadhan kat Pulai Springs Resort ni tau.Berbeza benar dengan masa umi ke Preview Buffet Ramadhan hari tu.

pulai springs resort johor

Juadah dan juga stall memang banyak  beratur di luar tu.Suasana pun lain..Umi lagi suka suasana santai makan kat luar tu.

Ini sebahagian meja yang ada di luar.Bertuah la umi dapat menikmati suasana makan kat luar.Senang sikit nak lepas anak-anak.Ada lagi satu tempat meja luar yang berdekatan dengan kolam.Memang cantik tau suasana kat sini.Sebab tu ramai yang buat wedding kat sini.Masa umi datang pun diorang ada yang tengah shoot gambar wedding.Meriah wehh

suasana di waktu malam.Seronok la sambil makan sambil layan movie

Hah…nak rasa pengalaman buka puasa kat sini, yang semestinya best, cubalah berbuka disini.

Bab makanan jangan risau, semuanya mencukupi dan berbaloilah dengan harga yang di tawarkan.

Apa yang umi makan, sesedap masa umi review dulu.Tak ada yang kurang.Sebab tu umi tak masukkan gambar makanan dalam ni, menghormati tetamu yang lain untuk mengambil makanan.

Nak ajak bebudak ni berwefie, tengoklah si kakak tu.Geram pulak umi tengok dia sebab selalu sangat buat muka spoil masa bergambar.Umi tak perasan gambar ni sampailah masa umi nak edit gambar ni hah..Haduilah.Umi simpan sini buat kenangan.Dah besar sok, nak suruh dia tengok..hahaha

Adik pulak sibuk nak ambil sudu.Dia nampak air batu dalam gelas tu, of courselah dia nak sapu perabis.Dia dengan air batu tak boleh nak dipisahkan.

pulai springs resort

Bersama adik perempuan umi (mom to be) yang pakai tudung pink dan adik bongsu umi tu hah.Sorang lagi adik perempuan umi yang jauh nun di sana tak dapat nak join.

 

Bukan orang melayu sahaja tau yang berbuka puasa di sini, Orang putih ada, orang India pun ada.Sebelah meja umi.Yang bestnya diorang dah ambil makanan, dan sama-sama menunggu azan berkumandang.Umi respect dekat kaum lain yang menghormati orang² kita yang berpuasa.Alhamdulillah..Malaysia masih aman.

Habis dah cerita umi tentang buka puasa kat sini.Thanks to Pulai Springs Resort for having us.Korang yang nak berbuka puasa disini, masih sempat lagi tau.Puasa ada seminggu ni..

HARGA BUFET RAMADHAN PULAI SPRING RESORT JOHOR 2019

 

EARLY BIRD PROMOTION

Pembelian antara 1st April  hingga 30 April 2019

RM 84 nett/adult

RM 42 Nett/child

Normal Price

RM 99 nett/adult

RM 49 Nett/child

For Reservation

call  at +607 521 2121 or WhatsApp: +6017 745 5776 atau email kepada enquiry@pulaisprings.com

 

**Pulai Spring Resort menyediakan Surau untuk Maghrib serta parking percuma**

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(7) Comments

  1. Sis Lin says:

    Nak pergi juga ni nanti, saat-saat akhir nanti heheheh…

    1. siti Rohaida says:

      pegi jangan tak pegi sis

  2. bestnya berbuka open air macam ni

    1. siti Rohaida says:

      best juju

  3. ahahahhaha kelakar tengok muka kakak tu…jangan tak tunjuk tau kat dia bila da besar nanti 🤣🤣🤣

    1. siti Rohaida says:

      kan sunah..

  4. tahun ni tak merasa lagi berbuka menu Pulai Spring..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *