BERBUKA PUASA DI HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU

BERBUKA PUASA DI HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU.8

BERBUKA PUASA DI HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU.Dan untuk tahun ni puasa pertama kami berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Setanggi.

Alhamdulillah rezeki ramadhan tahun ni dapat bawa anak-anak dan keluarga untuk berbuka puasa di luar.Untuk tahun ni umi memilih berbuka puasa di Hotel Sentral Johor Bahru.Ini kiranya kali pertama umi menjejakkan kaki ke Hotel Sentral Johor Bahru.Selalunya lalu je hotel ni.

Dengan Tema tahun ini JELAJAH SELERA BERSAMA SENTRAL mereka menyediakan lebih 100 jenis juadah untuk para tetamu yang hadir.

Pilihan utama umi mestilah nasi beriyani dengan ayam masak merah, pajeri nenas, kambing golek dan dalca sayur.

BERBUKA PUASA DI HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU.3

Selain tu umi cuba juga asam pedas tetel, telur masak kurma dan juga kari.Sedap pulak telur masak kurma ni.

Di bahagian luar hotel ni pulak disediakan live station seperti goreng-goreng, kuew tiaw goreng, kambing golek dan juga mee sup.Lembut betul ek keropok lekor kat sini, cucur sayur dia pun sedap.Tambah sedap dapat cicah dengan sos tu.

Oh ya, sebelum memulakan makan-makan disini, bacaan doa selamat bersama anak-anak yatim Pusat Penjagaan Setanggi ni.Selepas azan, barulah menikmati makanan yang disediakan oleh pihak hotel.

Sambil-sambil makan tu dapatlah menyaksikan nyanyian Live Acoustic dari Eja, Afran dan juga Yan.Jadi kalau korang berbuka puasa kat sini dapatlah dengar diorang nyanyi.

Lepas dah makan menu utama mereka tu, boleh la korang makan kuih muih yang dihidangkan dan juga bubur kacang.Sedap bubur kacang kat sini.

Tak lupa juga pelbagai jenis minuman.Nak minum minuman panas pun boleh sejuk pun boleh.Ikut tekak memasing kan.

BERBUKA PUASA DI HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU.9

Sambil tu dapatlah umi melihat penyerahan sumbangan dari Ms Yuki kepada pihak Penjaga rumah anak-anak yatim dan penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim ni.Alhamdulillah, sedikit keriangan untuk anak-anak ni semua.Umi tengok diorang pun rasa sayu je hati.Semoga Allah lipat kali gandakan rezeki untuk umi dan dengan izin Allah umi dapat beri sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Insyallah amin.

Oklah korang, kalau korang nak menempah berbuka puasa kat sini korang boleh lihat details dibawah ni ye.Ini antara buffet ramadhan Johor yang korang boleh terjah sepanjang bulan puasa ni.

BUFFET RAMADHAN JELAJAH RASA HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU

 

Dewasa : RM70 Nett
Kanak-Kanak : RM40 Nett (7 – 12 tahun)
Warga Emas : RM40 Nett (60 tahun ke atas)

Untuk tempahan, sila tekan link “WhatsApp” tertera dibawah
 (Shah) https://wasap.my/60187706002/HSJBRamadanBuffet
 (Shah 2) https://wasap.my/60129883710/HSJBRamadanBuffet
 (Rafizi) https://wasap.my/60127128473/HSJBRamadanBuffet
atau terus telefon kami di +6 07 – 222 7788 (Hotel)
* Tertakluk Kepada Terma & Syarat

 

selamat berbuka puasa korang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *