BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL RAMADHAN KEEMPAT

BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL RAMADHAN KEEMPAT | Kali ni umi memilih buffet ramadhan Johor di GBW Hotel Selera Warisan Meldrum memandangkan masih lagi dalam harga Early Bird

Hari esok adalah hari yang terakhir untuk grab harga early bird.Sebab tu korang kenalah booking awal-awal supaya mudah untuk korang bawa family makan.Jangan nanti last minit nak pegi baru booking.Risau nanti semua full house.Tak ke naya tu?

Hari Ahad hari tu, umi bawa family berbuka puasa di GBW Hotel.Hotel ni terletak betul-betul depan R&F mall.Kami keluar rumah seawal mungkin, tetapi memandangkan Ahad cuti hari tu, dan banyak pulak kereta Singapore yang nak masuk ke sana, jadi agak lambatlah untuk umi sampai.Nasib baik, masa sampai tu belum berbuka puasa.

Itu pun sempatlah snap sana sini sikit gambar untuk umi kongsi dengan korang juadah dari GBW Hotel ni.

Pelbagai menu yang dihidangkan sampai tak tau nak makan mana satu tau.Apa pun apa yang umi ambil semua kena dek tekak.Memang setiap tahun tak pernah lagi tinggal untuk berbuka puasa kat sini.Ini adalah buffet ramadhan dibawah harga RM100 untuk kategori hotel.Jadi bila korang berbuka puasa kat sini, berbaloilah untuk bayaran RM78 tu.

Jom kita tengok menu-menu yang dihidangkan untuk pare tetamu yang hadir.Hari tu sempat lagi berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang sama-sama berbuka puasa disini.

Umi bersama dengan rakan JDT Blogger dan orang kuat GBW Hotel iaitu Ms Sutha

Untuk menu buffet ramadhan kambing golek sudah menjadi kemestian ye.Umi yang dulu tak suka kambing pun sekarang ni bukan main lagi,pantang nampak kambing.Nak mengembek je..hahaha

Kena pulak dengan sos blackpaper, memang boleh 2 pinggan ui.Nasib baiklah perut ni tak boleh nak terima banyak makanan.Nanti kalau dah makan kambing je, tak boleh la nak rasa menu lain.Rugi pulak kan?

Nasi arab ni sedap.Kena pulak dengan daging tu dan juga dalca ke apa ek.Tak ingat.Memang sedap.Dan ini antara menu-menu yang ada di situ antaranya sotong sambal,Lemak nenas ikan masin,ayam masak merah dan macam-macam lagi la.Menu-menu lain korang boleh tengok kat page umi di sini

Boleh tengok menu kat bawah ni ye korang

 

 

Dan dibawah ni pulak konsep bazar untuk air minuman.Nak minum air apa je, korang boleh pilih dan cedok sendiri

Nak suruh abang-abang kat sini cedokkan air pun takde masalah.Mereka sedia je membantu

Alhamdulillah, kekenyangan sangat umi hari ahad tu.Dari menu makanan berat, ringan semua ada.Dan last mestilah pekena dessert dan kuih muih kan.Rasa tak lengkap pulak kalau tak makan kuih muih bila berbuka puasa ni.

Itu baru kuih muih, belum lagi dessert sepanjang meja yang panjang ni.Jadi korang yang nak berbuka puasa disini, masih sempat lagi tau untuk grab harga Early Bird ni.

EARLY BIRD PROMO
RM78.00 nett (Purchase On or Before 31 Mac 2023)
???????????????????????? ????????????????????:
Dewasa – ????????98.00????????????????
kanak-kanak / Warga Emas- ????????48.00????????????????
Surau disediakan di tingkat 7
* ???????????????????? & ???????????????????????????????????????? ????????????????????.
Get In Touch with Us:

https://linkr.ee/gbwhotel
 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
 Ms. Aiza : +6016 723 3558
 Ms. Urfa : +6016 710 0073

 

Baca juga : SENARAI BUFFET RAMADHAN SEKITAR JOHOR BAHRU

Loading

1 Comment

  1. Memang tak pernah tak sedap kalau berbuka di sini kann… ingat next week nak pergi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *