Berbuka Puasa di Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel

Berbuka Puasa di Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel | Kali ni kita berbuka puasa lagi diluar dan di tempat yang berlainan yang menyajikan makanan kampung yang menyelerakan.

Bukan sahaja dari masakkan kampung, malah kerabu, rojak dan kuih muih dia betul-betul buat umi tak sabar nak berbuka puasa.Begitu jugak dengan anak-anak tau.Dah plan dah nak amik itu dan ini masa diorang dok tinjau makanan kat situ.

Sebelum tu meh umi nak tunjuk dulu menu-menu kampung yang ada pada hari tu.Umi suka betul dengan siput sedut tu.Kalau kat rumah tu mau bertambah.

Pertama kali umi berbuka puasa di GBW Hotel tau, kalau dulu pernah jugak datang ke sini semasa JDT Blogger buat gathering.Korang boleh baca entry JDTBlogger Get Together di GBW Hotel JB. 

Jadi kali ni baru berpeluang untuk merasai buffet ramadhan mereka.Dan pastinyalah menu-menu kampung diketengahkan seperti dibawah ni.Dan Yang paling korang kena makan adalah DURIAN GORENG yang digoreng panas-panas lagi.

 

Inilah antara menu kampung yang disediakan.Umi dapat makan ikan masin masak lemak tu sedapnya lahai.Ditambah dengan daging tu dan ulam-ulaman serta kerabu.Memang bertambah kalau makan.Tapi disebabkan nak merasa menu lain lagi, jadi dapatlah merasa sikit-sikit.

Di atas ni antara nasi kerabu, ikan masin, sambal-sambal dan juga rojak.Kuah rojak sedap.Dan tak lupa jugak kambing golek yang berada diluar pintu masuk hotel ni.

Berbuka Puasa di Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel

Kat luar tu banyak stall live station yang korang boleh dapati yang menyediakan sup-sup dan gearbox, nasi ayam, mee rebus, goreng-gorengan, murtabak dan roti john.Banyak la..Nanti korang boleh tengok kat facebook umi

Tu belum tengok bahagian kuih muih dan dessert kan.Memang semuanya sedap-sedap belaka.

Berbuka Puasa di Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel

Ni umi tunjuk gambar penuh.Nak tengok gambar satu-satu boleh tengok kat page umi ye.

 

 

Last sekali tu umi ambil sup gearbox memandangkan kakak memang suka makan sup gearbox ni.Tiga menu ni korang kena ambil tau.Durian goreng tu sekali tu umi ambil 3 ketul, bagi rasa kat bebudak ni, terus nak repeat pegi ambil lagi.Dua kali round ambil durian goreng tu tau.Kemain beratur orang nak dapatkan durian goreng tu.

 

Oklah, untuk korang yang nak cari tempat berbuka puasa di Johor Bahru ni boleh la buat tempahan sekarang di GBW Hotel ni.Memang puas hati tau.Umi letakkan details di bawah ni ye.

 

BUFFET RAMADHAN GBW HOTEL JOHOR BAHRU

? Adult : RM98.00nett (BUY 10 FREE 1)
? Children / Senior Citizen : RM48.00nett (BUY 2 FREE 1)
Dine in from 4 April – 1 May 2022 | 6.30PM – 9.30PM
Get in touch with us now :
? Mr. Syahmi : +6016 710 0048
? Ms. Urfa : +6016 710 0073
? Ms. Aiza : +6016 723 3558
#gbwhoteljb #buffetramadhanjohor2022 #buffetdinnerjohor #JDTblogger #kisahsidairydotcom

 

Itu jelah untuk entry Berbuka Puasa di Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel atau dikenali dengan Grand Blue Wave Hotel.Betul-betul berdepan dengan R&F shopping mall.Nanti korang dah penat cari baju raya, bolehlah singgah berbuka puasa di sini

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *